BOSS BOTTLED TONIC

GLAM Lelaki (Malaysia) - - HARUMAN -

50ml, RM270 100ml, RM360 200ml, RM504 Karakter:

Gagah dan berintegriti. Komited untuk berjaya, tapi mengikut rentaknya sendiri.

Desain:

Cerminan rekaan ikonik flakon BOSS Bottled, kini dalam rona biru segar. Dalam keghairahan dunia yang terlampau pantas bergerak, lelaki alfa masa kini lebih cenderung untuk memperlahankan langkahnya seketika agar boleh merenung perspektif yang lebih menyeluruh sebelum dia gagah ke depan demi meraih kejayaan. Baginya, refleksi dan dedikasi membuahkan resolusi. Hamparan sitrus dari limau gedang, oren pahit, lemon dan epal melakarkan kesegaran dan energi pada nota atas. Beransur ke nota tengah dengan kejutan halia yang menyemarakkan alkimia antara bunga cengkih, geranium dan kayu manis di sini. Di penghujungnya, bagaikan peringatan agar berpijak di bumi nyata, nota dasar dibangkitkan dengan aroma vetiver yang lebih earthy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.