WAX ON, WAX OFF!

GLAM Lelaki (Malaysia) - - PROMO -

Penyingkiran rambut dari akar melalui lilin iaitu lebih dikenali sebagai ‘waxing’ adalah cara paling berkesan untuk membuang bulu berlebihan. Waxing di Bubble Gum Wax amat disyorkan kepada yang ingin perkhidmatan yang berkualiti dan mahukan penyimgkiran rambut dalam persekitaran yang selesa. Beroperasi sejak tahun 2011, Bubble Gum Wax menjanjikan servis profesional melibatkan pakar terapi yang terlatih, berkelayakan dan berpengalaman beberapa tahun. Baik untuk pelanggan lelaki mahupun wanita, yang sudah biasa mahupun yang pertama kali mencuba teknik waxing, pakar-pakar terapi Bubble Gum Wax akan memastikan pengalaman anda kekal tenang dan selesa.

Bubble Gum Wax menawarkan perkhidmatan

waxing yang menggunakan dua jenis lilin bergantung kepada bahagian tubuh yang tertentu. Dua jenis lilin yang digunakan ialah soft wax dan hard wax.

Soft wax adalah untuk individu yang mempunyai rambut yang halus dan kulit yang tidak begitu sensitif. Hard wax atau lebih dikenali sebagai Lilin Bubble Gum, lebih sesuai untuk rambut kasar dan mereka yang punyai kulit sensitif. Lilin jenis ini sesuai digunakan untuk yang pertama kali kerana ia kurang menyakitkan.

Anda tidak perlu bimbang kerana di Bubble Gum Wax, mereka memberikan perkhidmatan yang berkualiti!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.