Taruhan JW Anderson

Demokrasi fesyen JW Anderson dilaungkan buat pertama kalinya bersama label kegemaran ramai, Uniqlo. Lansiran 33 rekaan lelaki dan wanita berakar warisan British pastinya membangkit aura fesyen tersendiri yang akan menjengah pasaran semasa pada 22 Septembe

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI -

Tahun ini, dunia fesyen dirancakkan lagi dengan pengumuman koleksi eksklusif Uniqlo kolaborasi bersama JW Anderson. Pereka fesyen, JW Anderson yang berpangkalan di London seringnya dikenali sebagai pencipta pakaian bernada ringan, di mana karyakaryanya merayakan kekuatan individu fesyen masa kini.

Kolaborasi ini menyuguhkan koleksi lengkap pakaian dan aksesori lelaki dan wanita siap pakai yang beridentiti jenama JW Anderson. Tiap rekaan yang ditampilkan menyingkap falsafah seiring dengan Uniqlo. Yang mementingkan praktikaliti, fit, keselesaan serta bold. Sentuhan grafik dan warna yang terang menghidupkan lagi koleksi tersebut. Antara fokus utama koleksi ini ialah motif tartan yang melambangkan warisan seni British. Motif klasik tersebut diolah dengan cukup moden serta diserikan dengan kepelbagaian warna menambah rencah kepada keindahan kolaborasi JW Anderson dan Uniqlo.

Siluet longgar dan potongan yang ala bersahaja didefinisikan semula secara sempurna oleh JW Anderson. Rencah warisan British diperkuatkan lagi dengan penampilan helaian kot

trench, jaket quilted, baju panas dan skaf berjalur. Mood musim sejuk jelas dipaparkan pada tiap helaian kerana potongannya juga keupayaannya untuk mencipta stail

layering. Pilih sahaja tiga helaian daripada koleksi ini dan anda sudah boleh menyatukannya dengan teknik layering.

Fabrik selesa yang terjamin mutunya turut dilengkapi bagi keselesaan sepanjang musim sejuk. Kelengkapan HEATTECH pada rekaan skaf dan beberapa jaket pula dapat melindungi badan daripada cuaca sejuk yang tak menentu. Banyak aksesori lain yang menangkap perhatian boleh dimiliki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.