Pemanfaatan Teknologi Termaju

Kemajuan teknologi memperkenalkan modul terbaru Connected Engine 3-way hasil kearifan Casio. Sekali gus memenuhi impian asal rumah arloji elektronik Jepun ini yang dikuasakan sepenuhnya pergerakan automatik lantas menjadi sistem penyelarasan masa 3-hala p

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

Casio Computer Co., Ltd. berbesar hati memperkenalkan modul Connected Engine 3-way hasil pemanfaatan teknologi yang termaju. Sistem ini adalah penyelarasan masa tiga hala pertama di dunia lalu diperlengkap menerusi himpunan terkini Casio yang dibentangkan di Baselworld 2017. Tahun 1974, Casio memasuki pasaran dengan mempertontonkan koleksi CASIOTRON, yakni jam pertama di dunia yang punya fitur kalendar automatik. Teknologi penciptaannya dibangunkan oleh Casio kala membikin siri kalkulatornya.

Komitmen yang dipikul kala melahirkan seleksi jam tangan automatik yang tepat tidak pernah dipandang remeh oleh Casio sehingga ke hari ini. Terus, jamnya diperkemas dengan fitur kalendar termasuk indikasi bulan, tarikh, juga hari dalam seminggu. Maka, bagi merealisasikan impian baru, modul Connected Engine 3-way atau Enjin Sambungan 3-hala pertama di dunia ini diperkasakan. Bertujuan untuk menerima gelombang radio serta signal penentukuran masa satelit GPS agar penyelarasan masa lebih tepat, tidak kira di mana jua anda berada. Sementara itu, ia juga boleh disambungkan ke server masa menerusi sambungan ke telefon pintar.

GPW-2000

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.