Baselworld Kini 100 Tahun

Baselworld 2017, trade show antarabangsa perihal inovasi, kreativiti dan teknologi baru dari medan horologi dan barang kemas, kini sudah menginjak usia 100!

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI -

Bukan setakat bertahun, malah berdekad sudah komuniti wartawan, pengumpul juga kumpulan pakar dunia horologi dari lebih 100 negara berhijrah lalu berkampung di pekan Basel, Switzerland demi rasa kagum dan cinta mereka pada jam tangan.

Namun, suasana di dalam bangunan Messe Basel bulan Mac lalu terasa seperti business as usual. Sepanjang kelolaan Baselworld tahun ini, tiada keraian besar pun dianjurkan sempena ulangtahunnya ke-100. Para pengunjung yang mengharapkan suatu sambutan istimewa terasa agak kecewa.

Ya, benar, industri horologi tidak terkecuali daripada penangan ekonomi yang kurang memberangsangkan kini, yang mungkin mempengaruhi hasrat untuk berparti secara besar-besaran di Basel. Baselworld pun semakin kecil – seramai 1,300 pempamer mengambil bahagian tahun ini, penurunan sebanyak 13 peratus berbanding tahun

sebelumnya. Sesetengah nama besar seperti Girard-Perregaux, Ulysse Nardin dan jenama British, Bremont telah memilih untuk tidak menyertai Baselworld lagi. Khemah khusus yang dulunya berlokasi di bahagian luar tapak pesta untuk menampung jenama-jenama independent pula telah diturunkan, dan para penghuninya dipindahkan ke dalam salah satu dewan Messe Basel yang lebih kecil keluasan lantai pamerannya.

Pabila ditanyakan pada pihak penganjur perihal penurunan pempamer, mereka menegaskan bahawa segalanya itu memang sebahagian daripada agenda mereka, sejajar dengan misi Baselworld untuk mengutamakan kualiti daripada kuantiti. Konsumer pun semakin cerewet dan mahukan hanya yang terbaik dengan pembelian mereka.

Dan syukurlah, setiap rumah arloji yang bertapak di Messe Basel berjaya memikat hati para pengujung dengan barisan produk dan karya agung ajnas rekaan, inovasi dan – sebagai refleksi keadaan semasa – memperhitungkan harga yang lebih berpatutan. Biarpun sudah satu kurun, Baselworld sentiasa menjanjikan kejutan berpaksikan pesona warisan, penemuan material baru dan teknologi taraf tinggi yang kian membawa industri pembikinan jam tangan to the next level. GL

Antara barisan selebriti yang menyemarakkan Baselworld 2017

Pelukis Alexa Meade mempersembahkan instalasi seni di Maurice Lacroix

Teknologi virtual reality menjadi tumpuan pengunjung di Samsung

1 2 3 1 Grup model & aktor, BULGARI 2 Depeche Mode, HUBLOT 3 Patrick Dempsey, TAG Heuer

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.