Laporan Definitif Baselworld 2017

Pakar arloji juga pembikin jam terus menggali masa lampau bagi menjamin modenisasi ketukangan unggul jam tangan masa depan. Kenali trend serta karya horologi terkini terus dari Baselworld 2017

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

Saat salju di kaki pergunungan Alpen Swiss kian mencair, lebih dari 120,000 individu bertandang ke bandar kecil bernama Basel. Meraikan ulang tahun ke-100 tahun ini, agenda utamanya adalah pembentangan pameran jam tangan dan perhiasan ilham jauhari terbesar di dunia semenjak tahun 1917 lagi. Para pengumpul, penulis serta peruncit berhimpun di arena yang berkeluasan 1.5 juta kaki persegi ini. Lalu, dibinanya butik-butik mewah sementara sepanjang berlangsungnya pameran bagi memperkenalkan himpunan atau model terbaru saban tahun. Biarpun, edisi kali ini tidaklah kehingaran seperti dulu. Namun, masih terdapat banyak ciptaan juga inovasi yang perlu diberikan perhatian. Terus, diserlahkan ketukangannya hasil pakar arloji yang bijaksana.

Sea-Dweller terbaru ilham Rolex

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.