Panggung Fesyen Lokal

Sudah empat tahun bergelanggang di laman Centre Court Pavilion Kuala Lumpur, Minggu Fesyen Kuala Lumpur (RTW) kembali meraikan ulang tahun kelima hasil kelolaan Andrew Tan di dalam menghimpunkan kepelbagaian barisan jenama lokal juga antarabangsa

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI -

Minggu Fesyen Kuala Lumpur (RTW) dibentangkan kepada umum sejak tahun 2013. Mengkonsepsikan jualan terus kepada pembeli, KLFW adalah antara acara terpenting di dalam membingkis arus fesyen lokal. Lalu, bertindak sebagai platform bagi pereka tempatan untuk mempertaruhkan karya atau jenama mereka. Secara tidak langsung, ia memperkasakan industri fesyen tempatan agar lebih utuh berhembusan kreativiti yang unik kepada pelanggannya. Baik di tanah air juga antarabangsa. Meraikan ulang tahun kelima tahun ini, KLFW RTW 2017 membawakan hampir 150 gabungan pereka yang mempesonakan di Pavilion selama lima hari berturut-turut. Tambahan lagi, acara ini bakal mengusulkan himpunan eksklusif yang belum

pernah dipertontonkan sebelum ini bermula 16 sehingga 20 Ogos 2017.

Erat berkolaborasi bersama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan rakan penerbangan pilihan, AirAsia, KLFW RTW 2017 menjemput enam pereka antarabangsa dari China, India, Australia, Jepun, Filipina dan Korea Selatan bagi turut sama memeriahkan ulang tahun kelimanya di samping mempromosikan hasil pereka-pereka tempatan dalam lembaran pasaran global. Tidak lupa juga, sorotan kemuncak acaranya pada 18 Ogos 2017 di mana mempertontonkan karya 20 peserta akhir AirAsia Runway Ready Designer Search (AARRDS) 2017. Tahun ini pencarian pereka AARRDS diperluaskan ke semua 10 buah negara Asean yakni Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina, Vietnam, Brunei, Myanmar, Laos, Kemboja dan Malaysia. Usaha ini bertujuan untuk memberikan platform kepada bakatbakat muda untuk bersaing positif serta melonjakkan nama mereka dalam industri fesyen serantau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.