Legasi Ikonik Autavia

TAG Heuer membangkitkan semula pesona vintaj dengan model ikonik dambaan para pengumpul tegar dunia horologi

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI -

R ekaan vintaj yang diberi nafas baru antara tema popular di Baselworld 2017. Dan jelmaan semula model TAG Heuer Autavia cukup menggegarkan ruangan Messe Basel, dengan sambutan mengujakan daripada komuniti pengujung. Mana tidaknya? Antara model yang sering diburu oleh pengikut tegar dunia horologi, model asal kronograf penuh bersejarah ini merupakan jam tangan kronograf pertama dimuatkan bezel berputar, hasil rekaan Jack Heuer sendiri.

Diperkenalkan pada tahun 1962, namanya adalah hasil gabungan perkataan ‘AUTomobile’ dan ‘AVIAtion’, sempena desain dash

counter pertama oleh Jack Heuer yang direka untuk kereta lumba dan kapal terbang pada 1933. Cerminan sukan permotoran dan estetika era ’60-an, edisi baru model ini dikeluarkan semula berdasarkan rekaan model Autavia Rindt, yang telah dipilih oleh peminat-peminat tegar TAG Heuer serata dunia. Model Autavia Rindt 2017 diperbaharui

case 42mm dengan rotating bezel hitam dan tiga kaunter putih pada dail hitam. Diperkasakan oleh pergerakan kronograf self-winding Heuer- 02 empunya TAG Heuer sendiri, dan dimuatkan tetingkap tarikh pada posisi angka 6. Pasti menjadi satu collector’s item. GL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.