Terhad Lagi Istimewa

Meraikan legasi serta ketukangan buatan jam tangannya, Oris mencitrakan karya edisi terhad kala memberi penghormatan tertinggi buat lapangan penerbangan serta pemulihan terumbu karang dunia

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI -

KHAZANAH PENERBANGAN

Peristiwa silam tidak akan berubah, hanya pemahaman mengenainya saja yang boleh dialih ganti. Teori ini dijulang Oris tatkala mempersembahkan jam tangan yang berekaan ikonik, Big Crown of 1938, yang dipercayai adalah jam tangan juruterbang pertama ilham Oris.

Walau bagaimanapun, penemuan terbaru menyingkap ceritera yang berbeza setelah arkib syarikat Hölstein mendedahkan sebenarnya Oris mula membikin jam tangan untuk juruterbang semenjak awal tahun 1910-an lagi.

Maka, dengan penemuan ini terlaksanalah Big Crown 1917 Edisi Terhad berestetika rekaan era permulaan jam tangan bertali. Edisi ini dibentangkan bersama kantung kembara yang mengandungi tali jam material kulit tambahan. Lalu, dikuasakan dengan kaliber 732, yakni yang terkini hasil lestari Oris sendiri.

MISI PEMULIHAN

Tidak hanya mempertontonkan siri jam tangan juruterbang, Oris turut sama mempersembahkan Oris Staghorn Restoration edisi terhad bagi membantu pemuliharaan terumbu karang dunia. Semua maklum, terumbu karang kini menghadapi berbagai ancaman yang serius. Berdasarkan laporan, satu perempat daripadanya sudah binasa, tidak lagi boleh dipulihkan atas kebanjiran pelancong yang cuai. Terus, dua pertiga daripadanya masih menjadi ancaman lanjutan kerana perubahan atau pencemaran iklim dunia.

Isu ini dibangkitkan Oris menerusi siri jam tangan penyelam berprestasi tinggi. Hasil kerjasama dengan Yayasan Pemuliharaan Terumbu Karang berpangkalan di Florida, satu organisasi berfungsi untuk memelihara terumbu karang dunia. Oris menyokong usaha ini menerusi jualan jam tangan yang terhad kepada 2,000 utas lalu disalurkannya untuk pelaburan penanaman semula terumbu karang. Juga menganjurkan 72 program menyelam bertujuan untuk mendidik para sukarelawan untuk mengambil tindakan serata menyelamatkan lautan dunia.

Oris Staghorn Restoration Limited Edition

Oris Big Crown 1917 Limited Edition

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.