Beruang Ulangtahun

Sempena ulangtahun Dior yang ke-70, Dior Homme mempersembahkan aksesori comel dalam himpunan musim sejuk 2017-18 untuk mewakili jiwa inovasi dan savoir-faire rumah fesyen itu

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI -

Pertembungan dunia luxury dengan daya kreatif stail jalanan membentuk kod identiti koleksi Dior Homme musim sejuk 2017-18. Jujur pada dogma jenama, pereka Kris Van Assche mempersembahkan sut dan jaket yang kekal tailored namun kini diperbaharui agar lebih terletak di bahagian cuff untuk memudahkan pergerakan bebas, sejiwa dengan seluar potongan lebar ala skater-boy yang lebih kasual tapi tetap berkarakter. Bagaikan simbiosis antara yang serius dengan yang bebas, yang formal dengan yang rock and roll.

Mungkin tampak baru namun sentuhan sebegitu sebenarnya berinspirasikan warisan dan gaya peribadi Christian Dior sendiri, yang diolah untuk mewakili generasi baru pengikut jenama ini. Ia merupakan aliran gaya dan semangat yang diwakili oleh rakan-rakan Dior seperti pelakon Robert Pattinson dan Rami Malek,juga Boy George dan rapper A$ ap Rocky. Sungguhpun berbeza latar belakang, usia dan bentuk badan, angkatan lelaki berpengaruh ini membuktikan bahawa “Dior is a state of mind, not a body type.”

Tidak hairanlah, ilham muzik turut mewarnai koleksi ini. Daripada budaya New Wave ke elemen rave,

gabber dan hip hop. Paling menyerlah ialah pengaruh generasi Candy Boys yang dulu megah bergaya dan gemar beraksesorikan teddy

bear pada rantai mereka. Buktinya, aksesori ikonik itu kini dijelmakan dalam koleksi ini dalam bentuk

teddy bear kecil yang direka khas sempena sambutan ulang tahun Dior yang ke-70.

Teddy Bear Dior Homme ini dijual dalam edisi terhad bernombor, sebanyak 70 utas sahaja. Item eksklusif yang cukup comel dan eksentrik ini direka dalam kemasan hitam matt, dilengkapi riben HarDior dan klip yang membolehkan aneka penggayaan. Klipkan pada pinggang seluar, beg atau buckle jaket trench, sentuhan peribadi anda tampil lebih tersendiri,

cool dan kekal tajam. Dan sememangnya itulah identiti jejaka Dior Homme di mata Kris Van Assche.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.