Legasi Si Elegan

Bagi menghargai usaha Charles Lindbergh, Longines meraikan ulang tahun ke-90 dengan jam tangan Lindbergh Hour Angle serta mempertontonkan karya flagship Heritage pertama sempena ulang tahun ke-60 himpunan flagship

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI -

Tahun ini rumah arloji Longines menyambut legasi jenamanya dengan mempertontonkan dua jam tangan terbaru selain mempersembahkan siri himpunan Conquest V.H.P, Record, The Longines Heritage 1945 serta The Longines Master Collection. Tidak lupa juga, karya terbaru siri jam poketnya. Ulang tahun ke- 60 himpunan Flagship dipamerkan jam tangan sulung Flagship Heritage. Jam tangan ini berinspirasikan model Flagship yang disimpan sebagai bahan arkib di markas Longines yang mana didamba oleh Ambassador of Elegance Longines, Kate Winslet. Terdapat dalam material keluli, emas kuning atau emas merah.

Sehubungan itu, Longines turut menampilkan jam tangan Lindbergh Hour Angle bagi memperingati hasil kejuruteraan Charles Lindbergh yang mengagumkan. Longines meraikan ulang tahun ke-90 penerbangan transatlantik solo tanpa henti yang pertama, di mana diterbangkan oleh Charles Lindbergh lalu direkodkan oleh pembuat jam tangan Switzerland ini. Untuk keramaian ini, Longines membentangkan 90 utas jam tangan dalam bilangan serta edisi terhad yang bernafaskan sejarah penerokaan penerbangan juruterbang terkemuka ini. Jam tangan titanium dan keluli yang luar biasa ini didedikasikan buat mereka yang menghargai sejarah, pengembaraan serta ketukangan jam tangan.

The Lindbergh Hour Angle Watch 1927-2017 - 90th Anniversary

Flagship Heritage 60th Anniversary

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.