McDreamy Di Basel

Biarpun jolokan ‘McDreamy’ sudah melekat pada dirinya, ekoran karakter popular dilakonkannya dalam siri TV Grey’s Anatomy, Patrick Dempsey ialah seorang lelaki alfa yang punyai pelbagai persona

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

Selain pelakon yang kacak, Patrick Dempsey juga seorang suami dan ayah, dan pelumba kereta profesional yang pernah bersaing dalam sukan lumba kereta paling mencabar di dunia yakni 24 Hours of Le Mans, di mana pelumba dikehendaki berlumba selama 24 jam! Patrick meraih naib johan dalam Le Mans 2015.

Baru-baru ini dia juga telah berperan sebagai pengarah, buat kali pertama, apabila diberi peluang mengarah iklan khas untuk pengasas TAG Heuer, Jack Heuer. Menghadiri Baselworld 2017, Patrick Dempsey meluangkan masa berkongsi dengan GL tentang peranannya selaku duta TAG Heuer.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.