Trunan Chandran

Anak kedua kepada figura prolifik negara, Datuk Bernard Chandran ini telah memulakan langkah pertama dalam bidang peragaan pabila melewati pementasan koleksi bapanya baru-baru ini. Kemunculan Trunan Chandran seolah menjenamakan dirinya dan tak ragu lagi d

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - Teks, Penyelaras & Arahan Seni: Johan Kassim Grooming: May Ng/my Make Up & Academy Gambar: Raisa Azzam

Apakah idea kebahagiaan sempurna?

Mengecapi matlamat yang telah dirancangkan dengan jayanya.

Perkara paling ditakuti?

Menjadi anak kepada Bernard Chandran kerana bimbang tidak berupaya membanggakan bapa saya.

Individu paling dikagumi?

Bapa saya kerana dia bijak dan berpengetahuan tinggi.

What is your favourite journey?

Percutian saya dan keluarga ke Afrika dan kami begitu erat sekali disebabkan kesemua telefon kami tidak mendapat sambungan Wifi.

On what occasion do you lie?

Saya hanya akan menipu untuk mengelakkan daripada melukakan perasaan seseorang. Basically only white lies.

Perkataan atau frasa paling kerap disebutkan?

‘Literally’- sebab saya gemar memperbesarkan sesuatu perkara.

Bila dan di manakah tempat anda rasa paling gembira?

Saya paling gembira ketika menghadiri upacara menuju kedewasaan Thanya yakni adik perempuan saya. Sepanjang upacara tersebut berlangsung, ia menyentuh saya dengan cukup istimewa.

What is your current state of mind?

Memulakan perniagaan saya dan memastikan ia berjaya.

Jika ada satu perkara tentang diri anda yang boleh diubah, apakah perkara itu?

Saya selalu menundakan sesuatu itu walaupun saya tahu deadline kerja berhampiran. Oleh itu, saya harap saya akan lebih bertanggungjawab di masa akan datang. What is your most treasured possession? Keluarga saya.

What do you regard as the lowest depth of misery?

Kehilangan ahli dalam keluarga. Sifat paling menyerlah pada karakter anda? Humor saya. Perkara paling dihargai dalam temanteman anda? Kesetiaan mereka. Cabaran terbesar? Mengatasi ‘dyslexia’. Lelaki tak patut… Memiliki ego.

Perkara terbaik pernah dikatakan tentang saya adalah…

Saya seorang yang lucu, sopan dan peramah.

What is one thing you want to see it plenty and free in this world?

Akses kepada teknologi dan pendidikan. Women should always… Menjaga ego lelaki.

Genre buku kegemaran?

Saya terhibur membaca semua jenis buku merangkumi biografi sehinggalah buku motivasi. Walau bagaimanapun, buku cerita merupakan yang paling digemari kerana ia membenarkan saya ‘keluar’ dari dunia realiti.

Definisi lelaki alfa?

Pada 2017, saya percaya bahawa lelaki alfa mendefinisikan seorang lelaki yang memiliki karakter seperti hero. Misalnya, berani, sopan, kuat dan berani menyuarakan pendapat.

Being rich or poor, which one will you choose and why?

Saya memilih untuk menjadi kaya kerana saya individu yang percaya bahawa pengalaman dapat mengajar anda pelbagai perkara. Dalam dunia masa kini, anda hanya dapat merasai sesuatu pengalaman sekiranya anda mampu.

Perkara pelik tentang diri anda?

Setelah mengenali saya, anda akan tahu bahawa saya sangat kenak-anakan dan ‘stupid’.

Anda di masa sepuluh tahun akan datang?

Menjalani perniagaan sendiri dengan berjaya.

What is that you are passionate about?

Memulakan syarikat baru saya.

The biggest misconception about me?

Bergelar Chandran. Kerana ramai yang beranggapan saya sombong, angkuh dan perasan. Tetapi sebenarnya, ia bertentangan dengan personaliti sebenar saya.

Tip grooming?

Jaga kebersihan diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.