Setahun Sudah Berlalu

Begitu pantas masa berlalu. Sudah genap setahun penulis bergelar bapa, namun usaha mengadaptasi diri dengan perangai anak yang masih membesar bagaikan baru saja bermula

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

Pada hari aku tulis artikel ini, Noah Daniyal baru menginjak usia 1 tahun, 1 hari.

Pejam celik, cepat sangat masa berlalu. Rasa macam baru semalam aku azan dengan lembut di telinganya, sekarang, rasa nak azan kuat-kuat dekat telinga dia setiap kali dia buat perangai.

Perjalanan setahun ini membuka mata dan minda aku tentang kehidupan sebagai seorang ayah dan suami. Kadang-kadang, bila difikirkan balik, pengalaman ini sangat surreal. Semasa aku single, aku tidak pernah membayangkan yang satu hari nanti, aku akan punya keluarga sendiri. Keluarga yang aku kepalanya dan segala tindak-tanduk aku, akan memberi kesan pada keluarga ini. Tak boleh bayang aku mampu menggalas tanggungjawab yang menanti.

Sekarang, dah setahun aku menggalas tanggungjawab itu. Semuanya by crossing the bridge, when I came upon it. Aku rasa semua first time parents akan rasa macam ni.

Rasa macam menggagau-gagau dalam kegelapan tapi tidak pernah berputus asa untuk terus menggagau hingga kau ketemu apa yang dicari.

Bila dah jumpa apa yang dicari itu, kau tidak pasti pula samaada itu adalah penyelesaian yang sebaiknya. Sekali lagi kau akan menggagau dan akhirnya,

gamble saja. Andai itu penyelesaian yang terbaik, Alhamdulillah, jika tidak, kita belajar dari kesilapan. Itu je pegangan aku sekarang ini. Kalau hidup takut buat silap, susah kita nak hidup, bro.

Enam bulan pertama membesarkan Noah, agak manageable. Walaupun setiap kali masuk bulan baru dia akan demam tapi orang tua kata, itu demam nak masuk bulan, nak dapat pelajaran atau perangai baru. Masuk bulan keenam juga Noah memulakan kehidupan baru di nursery. Kami dah tak mahu membebankan orang tua kami dengan budak kecil tu. Dia pun semakin lasak, setakat mana sangatlah kudrat orang tua nak melayan tenaga anak kecil yang starting to explore the new world.

Nursery ini satu cerita pula. Ini yang aku katakan tadi, menggagau mencari penyelesaian. Atas saranan orang tua, kami sepakat untuk menghantar Noah ke nursery hanya selepas dia berumur enam bulan. Biar badan dia dah tegap sikit, taklah risau sangat nak lepaskan dia diuruskan oleh orang lain.

Tetapi perkiraan kami itu silap. Selepas enam bulan diulit ahli keluarga, dimanjakan, diberi kebebasan sepanjang hari, dunia nursery yang ada jadual, yang perhatian dari caretaker perlu dikongsi, yang pergerakan sangat terhad, Noah menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri.

Hari pertama saja dia okey. Hari kedua dan seterusnya, dia meraungraung dan ada satu hari tu, bergulingguling di lantai sebab tidak mahu ditinggalkan. Memang rasa nak azan je dekat telinga dia. Namun, sedih jugalah melihat dia macam tu. Nak tinggalkan pun tak sampai hati tapi terpaksa jugalah. Kalau ikutkan sangat hati yang berat tu, nampaknya kena berhenti kerjalah.

Mungkin suasana yang baru ni buat dia terkejut. Mak mertua aku cakap, bila petang-petang, dia pergi ambil Noah, dia tengok Noah duduk ‘sorang-sorang’, kadang-kadang dekat penjuru bilik. Macam tak ada kawan, mak aku cakap. Sebak pula dengar, rasa bersalah pula hantar dia ke nursery.

Tak berapa hari, Noah start demam. Kebetulan, dia akan masuk tujuh bulan jadi kami kira itu demam biasa nak bertukar bulan. Sepanjang dia demam, dia duduk di rumah dan mak mertua aku sambung jaga. Sekejap je demamnya, bila dia sihat, kami hantar semula dia ke nursery. Drama yang sama berulang. Nangis, meraung pagi-pagi tu perkara biasa. Selang beberapa hari demam lagi.

Cycle ni berterusan hinggalah dia nak masuk sembilan bulan. Kali ni demam dia lama sangat, dekat sebulan demam tu on and off.

Hingus never stop meleleh sampaikan hujung hidung dia tu dah luka-luka kecil. Ubat dah macammacam makan, baik yang doktor bagi dan yang ikut petua orang- orang tua. Akhirnya kami fikir, mungkin dia tak sesuai dengan nursery tu. Walaupun nursery tu nampak bersih tapi mungkin ada virus dan bakteria yang berterbangan yang di bawa oleh kanak-kanak lain. So, we decided to stop sending him to the nursery.

Alhamdulillah, tiga bulan berlalu, dia tak demam. Badan dia yang kurus dah semakin ‘bambam’. Berat yang stagnant dekat 7.2kg, sekarang dah 8kg lebih. Pembesaran yang kembali normal untuk budak besar dia. Dia pun nampak lebih riang dan ceria berbanding sebelum ini. Perangai pelik pun makin bertambah dan yang pastinya, boys will be boys. He is very adventurous. Cerita adventure dia aku share di kesempatan lain. This is it for now. On your birthday, Abie doakan Noah sentiasa sihat dan ceria dan semoga kau membesar menjadi insan yang berakhlak, berilmu dan berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Rasa macam baru semalam aku azan dengan lembut di telinganya. Sekarang, rasa nak azan kuat- kuat dekat telinga dia setiap kali dia buat perangai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.