Next Level Perfumery

Bukan sekadar semburan konvensional, Diptyque mereka pengalaman baru mengamati sensasi wangian melalui eksplorasi tekstur dan gesture

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

Untuk memastikan haruman anda kekal lebih lama, pakar olfaktori sering menyarankan kita mempraktikkan teknik

layering. Yakni amalan memakai produk pewangi yang sama secara ‘berlapislapisan’. Misalnya, dimulakan dengan sabun mandian wangian itu, dituruti deodoran, aftershave spray, mungkin losyen badan, dan sudah tentunya diakhiri semburan cologne- nya pula.

Amalan sebegini sudah wujud sejak zaman Antiquity lagi, pabila lelaki purba menyapukan minyak pada rambut dan kulit sebagai rutin penjagaan diri. Dan budaya wangian terus berkembang sepanjang era Renaissance, menjelma dalam bentuk pomander, pes, eliksir hinggalah dibotolkan dalam bentuk parfum atau EDT yang kita kenali kini.

Berilhamkan warisan dan budaya itu, pakar wangian Peranchis, Diptyque membentangkan produk-produk baru untuk menyemarakkan lagi rutin peribadi anda. Merujuk kepelbagaian tekstur medium wangian, juga gestur semulajadi yang kita amalkan dalam rejim penjagaan diri, koleksi The Fragrance Gestures merangkumi produk pembersihan dan pelembapan kulit, yang disuntikkan seleksi haruman signature Diptyque seperti Do Son, Philosykos, Eau Rose dan L’Ombre Dans L’Eau.

Untuk pembersihan, The Fragrance Gestures menyusuhkan sabun buku, juga gel mandian bertekstur ringan yang bertukar menjadi bebuih setelah dikenakan air, dan shower foam, yakni gel transparen yang menghasilkan busa tebal diharumi nota flora pilihan. Menarik juga, produk shower oil, iaitu minyak mandian yang bertukar menjadi losyen busa selembut baldu mengharum.

Melengkapi koleksi anda, selain perfume, turut ditawarkan krim tangan dan losyen badan yang cukup lembut dan mekar mewangi. Tak lupa body

mist, semburan badan bak kabus terdiri daripada titisan mikro ekstrak teratai putih sebagai agen pelembap kulit dan juga

body balm, yakni balsam bertekstur baldu yang membangkitkan aura dingin setelah disapukan pada kulit. Agak berbeza daripada produk wangian biasa, koleksi The Fragrance Gestures daripada Diptyque mentafsirkan amalan baru dalam pengalaman menghayati sensasi haruman. Mungkinkah ini a new revolution in the fragrance experience?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.