Legasi Baru Komedi

Dunia komedi bukan menjadi suatu yang asing buat kita. Telah berabad lamanya ia mengumpul peminat yang banyak kerana tiap kali ia berupaya membuatkan peminat tak kering gusi. Sampai bila-bila pun dunia komedi tidak akan surut bilangan peminatnya

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI -

MOM

Program MOM dibintangi oleh dua komedian popular; Allison Janney dan Anna Faris. Tak jangka gandingan dua pelakon ini berhasil. Memegang watak sebagai ibu dan anak, perilaku dan skrip komedi mereka menyajikan pengalaman lucu.

THE DAILY SHOW WITH TREVOR NOAH

Menghiasi muka depan majalah TIME awal tahun ini, pendatang baru Trevor Noah, 33, dinobatkan sebagai peneraju komedi generasi baru. Kerana sejak dia mengendalikan rancangan The Daily Show, namanya semakin dikenali.

GLOW

Gorgeous Ladies Of Wrestling. Bukankah itu sudah cukup untuk menarik perhatian anda mengikuti komedi ini? Program GLOW dibawakan oleh sekumpulan individu yang pernah bekerja untuk siri Orange is the New Black, Nurse Jackie, Weed dan Homeland.

BLACK- ISH

Black-ish sudah ditayangkan selama tiga musim. Menceritakan pengalaman dan hubungan mencuit hati satu keluarga kulit hitam dengan dunia moden kini. Sejak musim pertama, ia meraih pelbagai pencalonan anugerah dan berjaya merangkul beberapa trofi.

8 OUT OF 10 CATS DOES COUNTDOWN

Dihoskan komedian Jimmy Carr yang gemar memperkecilkan tetamunya, siri gameshow British ini melagakan para peserta yang terdiri daripada pelawak popular dengan menguji kecekapan mereka dalam matematik dan kosa kata.

WHAT TO WATCH NOW? SABAN TAHUN CEREKA KOMEDI AKAN DIHASILKAN. BAGI MEREKA YANG TAK SEMPAT MENGIKUTI PERKEMBANGAN SEMASA DUNIA KOMEDI, INILAH LIMA PROGRAM KOMEDI MUSIM BARU YANG PATUT DITONTON. PENYAMPAIAN KOMEDI SETIAP PROGRAM INI NYATA MELUCUKAN.

DIMENSI KOMEDI LOKAL SIARAN BEBERAPA PROGRAM REALITI GENRE KOMEDI BERJAYA MENCUNGKIL BAKAT- BAKAT BARU DAN MENGGAMATKAN SUASANA YANG MENONTONNYA. MISALNYA, MAHARAJA LAWAK DAN LAWAK SOLO. LIMA PELAWAK INI KAMI JANGKA SUDAH MENGGUBAL DIMENSI BARU KOMEDI DI MALAYSIA. SITKOM LOKAL PALING IKONIK BIARPUN TERDAPAT PROGRAMPROGRAM KOMEDI BARU, NAMUN YANG KLASIK MASIH SEGAR DALAM INGATAN. KEMUNCULAN SEMENTARA MEREKA MENCETUS ILHAM GOLONGAN PELAWAK GENERASI BARU. EMPAT SITKOM INI ANTARA YANG PALING IKONIK DALAM SEJARAH SENI LAKON MALAYSIA.

Kumpulan Bocey Jihan Muse

Kumpulan Sepah

2 plus 1 Jangan Ketawa Kopitiam Senario

Jozan

Sherry Alhadad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.