Dapur Orang Kita

Anak Malaysia, Chef James Won mahu membuktikan bahawa orangorang kita mampu menghasilkan cuisine bertaraf antarabangsa, pada harga yang lebih berpatutan

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

Bermula Ogos ini, Chef James Won menawarkan satu konsep makan tengahari baru khusus untuk golongan profesional Kuala Lumpur yang tak mahu berkompromi dalam hal kualiti dan keenakan jamuan lunch break mereka.

Mendapat latihan di beberapa institusi bertaraf Michelin 3-star di Peranchis dan Jepun, Chef James Won ialah chef utama di restoran Enfin By James Won, bertempat di Menara Hap Seng, KL. Satu perkembangan menggalakkan, James mempraktikkan konsep ‘farm-totable’ di mana 90 peratus sayuran yang dihidangkan di restoran ini dibekalkan oleh kebun-kebun di Malaysia. “Saya mahu berkongsi passion saya untuk menggunakan hasil tanaman dan ternakan lokal dengan rakyat Malaysia,” katanya. “Maksudnya, dengan menawarkan menu makan tengahari pada harga berpatutan yang boleh menarik minat ramai.”

James dan pasukan kulinarinya mengambil masa dua bulan untuk mereka menu yang berkonsepkan harga berpatutan, hasil tangkapan pasar tempatan dipadankan dengan imported

seafood berkualiti tinggi. Menggunakan teknik masakan Peranchis untuk mempertonjolkan ramuan-ramuan lokal, yang disediakan dan dimasakkan oleh 100 peratus pekerja rakyat Malaysia. “Saya mahu buktikan bahawa orang kita boleh menyediakan cuisine bertaraf dunia.”

Menu ini merangkumi 4

entrées, 14 mains

dan 4 desert. Sajian utama termasuk ikan Tarakihi New Zealand, salmon Norway, juga whole tail lobster, king crab,

dan yabbies. Menu ala carte berharga antara RM18 ke RM138. Juga ditawarkan 3- Course Degustation Menu (RM128) bagi mereka yang inginkan pengalaman kulinari lebih istimewa. Tambahan lagi, restoran Enfin By James Won punya reka bentuk dalaman eksklusif yang direka dan dibina oleh bakat dan pakar pertukangan Malaysia sendiri. “Mungkin klise tapi (restoran ini) menunjukkan semangat ‘Malaysia Boleh’!”

Chef James Won

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.