Timur Gabriel

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - Teks, Penyelaras, Penata Gaya & Arahan Seni : Zuhairie Sahrom Gambar : Jason Lee Solekan : Khir Khalid Menggunakan Nars Cosmetics Rambut : Shaari Amin

Dia anak selebriti. Walau bagaimanapun, siapa dia hari ini adalah dari hasil titik peluh serta usaha sendiri yang sudah bekerja seawal usia yang muda. Berbekalkan sokongan ibu serta teman-teman rapat, gadis ini tidak menumpang populariti keluarga semata. Sebaliknya dia bijak menggunakan kesempatan yang ada

Hari penggambaran adalah kali pertama aku berjumpa terus bersembang dengannya. Tidak mengambil masa yang lama untuk bermesra, dia sama sekali senang diajak berbicara. She’s serving us realness! Berkulit sawo matang lagi dikurniakan suara yang kasar nan seksi. Personaliti gadis ini cukup eksotik bersepadan dengan aura pesonanya. Clearly she embraces herself fully, comfortable in her own skin. Aku utarakan sedikit latar belakangnya. “Saya dilahirkan serta dibesarkan di Kuala Lumpur. Ogos ini genap saya berusia 23 tahun dan I’ve been working all my life,” katanya, pengenalan Timur Gabriel. “Sebelum terjun ke dalam arena hiburan yakni TV dan radio, saya berkecimpung dalam bidang perhubungan awam dengan menguruskan label fesyen. Kemudian, personaliti TV asal England merangkap teman rapat saya, Mark O’Dea menawarkan peluang bagi menghoskan program 8TV Quickie. Lantaran hos yang terdahulu sudah berhenti. Punya keserasian antara satu sama lain, Mark mengambil jalan pintas kerana ramai yang hadir menguji bakat. Itulah bagaimana saya memulakan kerjaya di laman hiburan. Tawaran menjadi deejay radio Red FM juga agak spontan. Kala menghadiri tayangan perdana teater terbaru Puan Sri Tiara Jacquelina, saya bercakap dengan ibu. Lantas ada suara menyapa dan berkata dia suka mendengar suara saya. Saya membalas, ‘Cool’ dan mengucapkan terima kasih. Lalu dia bertanyakan, ‘Do you like to do radio?’ And I was like,‘Ya, okay. I’ll do radio!’ cerita Timur mengenai sedikit latar belakang kerjayanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.