KATA EDITOR

Komedi memantul semula realiti kita dalam gaya yang lucu dan exaggerated. Tapi ada isi yang ingin disampaikan.

GLAM Lelaki (Malaysia) - - KATA EDITOR - Fesyen Satu Satira

Fashion is a funny business. Memang ia satu industri yang kompetitif dan stressful, terutamanya bagi pereka-pereka fesyen yang tertekan untuk membuat koleksi baru dari musim ke musim. Namun, mereka sendiri sedar bahawa fesyen itu kekadang ‘gila’ dan over-the-top. Filem Zoolander 2 tahun lalu memperkukuhkan realiti itu, satu satira yang ‘memperbodohkan’ industri fesyen. Begitu juga karya Absolutely Fabulous: The Movie, yang mempertontonkan obsesi Edina dan Patsy yang terlalu taksub fesyen dan kehidupan glamor. Yang uniknya, biarpun kedua- dua filem ini memaparkan betapa ridiculous dan ekstremnya dunia fesyen ini kadang-kadang,

it was all done in good fun. Malah, orang kuat dunia fesyen seperti Alexander Wang, Marc Jacobs, Stella McCartney dan ikon-ikon seperti Kate Moss dan Anna Wintour turut berlakon dalam filem-filem tersebut. Because fashion loves comedy. Komedi mengingatkan kita untuk tidak mengambil kehidupan ini dengan terlampau serius. Komedi berfungsi sebagai cermin, yang memantul semula realiti kita dalam gaya yang lucu dan exaggerated. Tapi ada isi yang ingin disampaikan yang membuat kita berfikir. Prinsip fesyen juga begitu.

Mungkin disebabkan realiti semasa yang tampak murung dan hambar - ekonomi teruk, nilai mata wang rendah, harga barang kian naik - orang Malaysia melihat komedi sebagai eskapisme untuk melupakan seketika realiti ini. Maka, ahliahli komedian semakin mendapat tempat di hati rakyat, dalam filem, TV, radio dan media sosial. Mereka sudah boleh bersaing sihat dengan selebriti- selebriti lain, menduduki A-List dan menuntut bayaran lumayan. Kerana komedi is a product and people want to laugh.

Komedian bukannya badut semata-mata. Mereka kini punya pengaruh (ms. 84 & ms. 94). Dan dalam hidup yang penuh pancaroba, mereka mengingatkan kita bahawa gelak ketawa kekal sebagai ubat paling mujarab dalam apa keadaan sekali pun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.