LIVE LOVE KNIT

Kemunculan art school impressions dan juga permainan geometri seperti segi tiga, kubus serta corak lingkaran pada pakaian knit musim luruh dingin bersifat structured and futuristik menegaskan perihal entiti gaya lelaki masa kini

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INSPIRASI -

Tiada keperluan cuaca sejuk yang lebih berharga daripada sebuah helaian knit. Sama ada ringan atau besar, jumper atau kardigan; ia adalah satu investment yang sudah semestinya must-have di dalam setiap busana fall lelaki. Walaupun sesetengah knitwear punya warna biasa dan kadangkadang diperlukan untuk mix-and-match pemakaian harian, setiap pria harus miliki knitwear versi bercetak tebal dan bercorak. Dari geometri zigzag hingga ke jalur penyataan dan grafik telah diketengahkan untuk arus utama fesyen bagi musim luruh musim sejuk 2017.

Di antara pelbagai teknik untuk memberikan nafas baru terhadap

knitwear yang kebanyakannya telah dilabel sebagai out-dated mahupun tidak bergaya, rumah fesyen Prada telah menonjolkan taruhan terbaru yang menaikkan martabat

knitwear yang selama ini punya efek ‘kasar’ dan ‘seni rendah’ dengan menyuntikkan konsep art school mirip melukis menggunakan warna air. Statement knitwear sweatshirt pula digerakkan oleh pereka dari rumah fesyen seperti Kenzo dan Alexander Wang di mana penggunaan warna-warna terang dan clashing serta colour-blocking menampakkan budaya yang lebih berani serta bold dalam memberi nafas baru dalam pemakaian knitwear yang selama ini seringkali digunapakai dalam warna-warna safe yang kelam.

Oversized dan tebal serta dibalut dengan jalur blok berwarna (colour

blocking) adalah cara yang ideal untuk mencuba trend ini, di mana ia secara tidak langsungnya memberi efek grafik. Pendekatan yang dapat dikesan pada Fendi, John Smedley dan Tommy Hilfiger, corak klasik ini memberikan suntikan warna yang menyerlah. Jikalau cetakan zigzag dan heksagonal pilihan anda, pertimbangkan untuk menambah corak geometri. Diabadikan oleh Brioni, Christopher Kane dan Saint Laurent, cetakan geometri menterjemahkan trend ini dalam gaya minimalis, up-to-date dalam monokrom atau warna-warna yang sama rata. Dengan percambahan trend di pentas runway yang telah memartabatkan knitwear, adakah wajar untuk setiap lelaki punyai item dambaan musim luruh 2017 ini di dalam pemakaian harian mereka? GL

Galway, Ireland, 29 May 1913 cara pembuatan knit menggunakan tangan Grafik knitwear dalam Saved By The Bell series Jeff Bridges dari filem The Big Lebowski (1998)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.