KEMEWAHAN DALAM KESEDERHANAAN

Berpaksi kepada realiti dan tidak mengikut acuan, itulah yang ingin ditonjolkan buat pertama kali oleh pengarah kreatif Lanvin menswear musim luruh 2017. Suntikan nafas baru serta pembuatan eksentrik terhadap material normal telah diketengahkan dalam hasi

GLAM Lelaki (Malaysia) - - STAIL -

Sekali imbas, rekaan Lucas Ossendrijver untuk koleksi menswear Lanvin musim luruh sejuk 2017 tampak agak ‘kosong’. Tiada drama, tiada provokasi. Sememangnya itulah manifesto kreatif si pereka ini, yang tertulis secara terangterangan pada skarf dalam look pertama: ‘ Nothing’. Dengan memberikan nafas baru pada pemakaian lelaki seperti parka, kemeja check, kot bulu kasar dan juga seluar chinos, lambang dan elemen dalam rekaan ini diperkayakan lagi dan diperhalusi tanpa menjejaskan esennya. Selain itu, pengarah artistik Lanvin ini juga telah membongkar kehidupan harian dan dunia luar sebagai panduan inspirasi untuk asas koleksi pakaian lelakinya ini.

Kesederhaan pembuatan busana yang dapat dilihat menimbulkan intipati kemewahan dan bukan dilihat terus melalui hiasan rekaan.

Dalam pada itu, untuk menghasilkan penampilan baru dari segi penggunaan bentuk dan struktur, material seperti kapas, kulit dan bulu digunapakai bagi meningkatkan mutu kualiti seleksi ini. Cara teknik tekanan yang rapat telah diterapkan bagi membentuk lipatan ilustrasi grafik sepanjang lengan dan juga pada bahagian belakang busana. Sesuatu pembuatan baju yang bukan mudah tetapi tampak ringkas dan terbentuk.

Dalam kompilasi pakaian lelaki Lanvin ini juga, ia mengfokuskan pada teknik dan cara potongan mengikut perkadaran dan peralihan fabrik yang telah diperhalusi menerusi pakaian harian berbanding teknik yang sebelumnya. Dengan formasi baju sejuk yang besar dipendekkan dan digabungkan pemakaianya di atas t-shirt yang dipotong senget, serta kolar yang telah dimanipulasikan agar kelihatan seperti dibalut secara kemas. Selain itu, seluar chinos di dalam rekaan ni juga menggunakan teknik tampalan fabrik yang diwarnakan dengan spektrum tona yang tidak sekata. Formasi tampalan Velcro pada kot bulu juga menghiasi cipataan busana lantas mementingkan pergerakan dan struktur pada pakaian ini.

Walaupun rekaan pada koleksi kali ini kelihatan seperti boleh diagak, tetapi sebenarnya ia mudah, lebih berpegang dan menjurus kepada realiti. Ini adalah pakaian yang direka untuk lelaki yang gemarkan aktiviti luar yg memerlukan kebebasan dan keselesaan tanpa menghadkan pergerakan. Dalam kata lain, koleksi Lanvin untuk musim luruh dingin 2017 kali ini bukanlah sesuatu yang biasa dan boleh kita jangka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.