LANVIN MEMBUKA PINTUNYA

GLAM Lelaki (Malaysia) - - STAIL -

DENGAN PENEKANAN HIASAN DALAMAN YANG BERKONSEPKAN RUMAH PERANCIS YANG BERKELUASAN 2040 KAKI PERSEGI, LANVIN TELAH MEMBUKA TIRAI RUMAH FESYEN BUAT JULUNG KALINYA DI MALAYSIA YANG TERLETAK DI TINGKAT 2, PAVILION KUALA LUMPUR PADA JULAI 2017. BUTIK INI MENGETENGAHKAN REKA BENTUK KHAS LANVIN YANG MENONJOLKAN HIASAN DALAMAN YANG RAPI DENGAN PENGGUNAAN RAK BERWARNA KRIM DAN LANTAI MARMAR YANG SERBA MEWAH, TETAPI MASIH BERKONSEPKAN MINIMALIS DENGAN PENEKANAN TERHADAP KOLEKSI PAKAIAN DAN AKSESORI YANG MEWAH. MEMBERI FOKUS TERHADAP KAUM LELAKI, BUTIK MEWAH INI MENAWARKAN PELBAGAI BUSANA FORMAL, BLACK-TIE SUIT, PAKAIAN KASUAL SERTA SEPATU SKATER DAN SNIKER YANG DIAMBIL DARI KOLEKSI MUSIM LURUH. LANVIN KUALA LUMPUR JUGA MENAWARKAN AKSESORI WANITA TERKINI TERMASUK BEG TANGAN DAN BARANGAN KULIT. MAHUPUN, PIHAK JENAMA MEWAH PERANCIS INI MASIH BELUM MERANCANG UNTUK MEMBUKA KEDAI KHAS UNTUK WANITA DI MALAYSIA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.