IMPAK GLAM LELAKI

Enam tahun menyelusuri bersama GLAM Lelaki telah banyak mengubah cara saya befikir dan memandang dunia. Dan saya yakin, taruhan sepuluh tahun GLAM Lelaki dalam gelanggang penerbitan lokal turut membawa dimensi baru terhadap pelbagai aspek penting hidup kh

GLAM Lelaki (Malaysia) - - RENCANA -

September 2017, GLAM Lelaki meraikan ulang tahun yang ke10. Gemilang sepuluh tahun,

I should say? Pejam celik, ia telah menandakan enam tahun saya mengabadikan diri bersama majalah ini. Kedengaran sekejap, tetapi pelbagai momen suka dan duka yang telah membentuk saya hari ini. Terdapat banyak pasang surut kehidupan saya lalui bersama GLAM Lelaki. Tiap kali kawankawan dan klien kerja yang bertanya apa rahsia saya kekal setia bersama GLAM Lelaki, saya akan membalasnya dengan senyuman dan jujurnya tak tahu nak jawab apa. Tiada satu jawapan yang pasti boleh saya berikan. Walau bagaimanapun, saya bersyukur masih setia di bawah lembayung GLAM Lelaki.

Apa yang boleh saya katakan ialah pengalaman bekerja bersama GLAM Lelaki telah mendewasakan saya terhadap pelbagai sudut. Tiga tahun pertama di GLAM Lelaki saya tak sedar semua ini. Ketika itu ia lebih kepada sekadar bekerja from 9 to 5 dan tercari- cari identiti diri juga kebolehan yang boleh saya tawarkan. Hari ini, GLAM Lelaki ibarat kehidupan sepenuh masa saya. Apa jua yang saya lakukan, kerja-kerja GLAM Lelaki akan lebih diutamakan. Dan saya tak merungut. In fact, I’m happy doing it.

Begitulah, sungguh besar pengaruh GLAM Lelaki dalam hidup saya. Tak, ini bukan tulisan atau nota selamat tinggal saya kepada anda. Ini merupakan luahan dan perkongsian kata-kata saya tentang GLAM Lelaki. Saya ingin memberitahu anda betapa kuatnya impak GLAM Lelaki terhadap saya.

Pada saya, sepuluh tahun GLAM Lelaki telah menghiasi rak kedai pastinya meninggalkan kesan buat pembaca. Sejak GLAM Lelaki diterbitkan, pembacapembaca di Malaysia ‘impressed’ dengan apa yang telah kami sajikan. Wadah kreativiti dan teknik penulisan juga antara sebab GLAM Lelaki tampil lain daripada yang lain. Jujurnya, bukan mudah untuk kami sentiasa mengasah kreativiti.

Biarpun ada segelintir pembaca yang mengkritik langgam bahasa kami, but we don’t really care. Something unusual is what we offer. Dan sampai ke hari ini, saya telah terbiasa untuk cuba memaparkan liputan yang jauh berlainan dengan apa yang pernah dilaporkan oleh media tempatan lain. You can get this only in GLAM Lelaki.

STYLE AND SUBSTANCE

Sebelum senarai lelaki alfa diperkenalkan, GLAM Lelaki menyambut isu ‘The 10 Most Stylish Men’. Seingat saya, ketika itu belum ada mana-mana penerbitan majalah lelaki yang memfokuskan pada senarai lelaki tempatan bijak bergaya. Pabila senarai ‘ The 10 Most Stylish Men’ diperkenalkan, banyak wajah-wajah baru atau yang tak dijangka dipaparkan. Seringnya, barisan selebriti seperti pelakon dan penyanyi yang muncul dalam majalah. Tetapi, tidak pada GLAM Lelaki. We diversified our list.

Para lelaki pelbagai latar belakang, kerjaya, rupa dan personaliti yang digemari kami ketengahkan. Ada yang

bergelar pengarah, pelukis, pereka fesyen, aktivis, model, usahawan, pemimpin syarikat, pelakon senior, atlet sukan, kru filem, jurugambar, pemuzik, ahli korporat, keluarga kerabat, pengacara dan sebagainya. Apa yang menyatukan mereka semua ialah ‘substance’ yang terpahat dalam diri mereka. Tak semua individu punya ‘substance’ secara semula jadi. Kebanyakannya yang direka sendiri. But we at GLAM Lelaki, we can see the real substance.

Kelompok yang kami paparkan bukan sekadar nama atau dasar populariti mereka. Ada yang nama tak pernah kedengaran pembaca. Saya sendiri pun terkadang tak tahu siapa dan dari manakah mereka. Tetapi, kami tetap setuju untuk menampilkan wajah-wajah mereka. Kerana we know there is something inside them. And people should

know about them. GLAM Lelaki tak memaparkan wajah-wajah yang sekadar bergantung kepada rupa atau populariti. Sebab itulah, sekarang saya kurang gemar dengan senario baru, di mana hanya wajah berpengaruh kerap tampil dalam landasan cetakan atau digital. Ia semata mengaut ‘likes’ dan ‘followers’ yang banyak.

Penanda aras baru ini telah menyebabkan kredibliti golongan media terjejas. Maka itulah, hanya pelakon atau penyanyi mahupun ‘influencer’ tertentu yang kerap tampil dalam semua medium. Terutamanya cover majalah dan

post Instagram. Orang media sepatutnya bersatu untuk lebihkan paparan golongan yang punya ‘substance’. Usah suapkan wajahwajah yang sama kepada penonton demi melariskan majalah anda atau memuaskan hati peminat fanatik. We can change the people.

FESYEN YANG ANOTHER LEVEL

Fesyen bertindak sebagai aspek terpenting majalah GLAM Lelaki. Tanpa fesyen, there will be no

GLAM Lelaki in this world. Bilangan pembaca yang meningkat pun disebabkan paparan fesyen luar biasa kami. Ini semuanya bermula dengan individu-individu penting terdahulu yang bersama GLAM Lelaki begitu mencintai fesyen. They are not obsessed with fashion but they know fashion. Disebabkan

ilmu dan minat mereka yang mendalam terhadap dunia fesyen, maka itulah GLAM Lelaki diangkat antara medium fesyen lelaki utama di Malaysia. Dan yang terkini, legasi tersebut diteruskan oleh kelompok baru yang punya matlamat juga selera fesyen tersendiri.

Kepercayaan rangkaian klien fesyen dan label fesyen antarabangsa mahupun lokal terhadap GLAM Lelaki turut memainkan peranan penting. Jenama dan stail fesyen lelaki yang dilaporkan adalah berdasarkan ‘what’s best’ dan apa patut pembaca kita tahu. Sebab apa, pembaca kita tak punya masa yang banyak untuk membuat kajian tentang fesyen masa kini. Oleh itu, GLAM Lelaki yang menjalankan tanggungjawab tersebut untuk menyampaikan liputan fesyen terkini. Dan yang lebih mengujakan, terkadang informasi dan berita fesyen yang tak dijangka boleh didapati menerusi pembacaan GLAM Lelaki. I think I like that twist. Misalnya, pernahkah anda terfikir Nam Ron wearing Emporio Armani on the cover?

PENDIDIK SEBENAR

Selain berbicara tentang perihal fesyen lelaki, GLAM Lelaki berperanan sebagai pendidik. Nama pun bahan bacaan. Haruslah tujuannya untuk mendidik pembaca, selain menyampaikan mesej berguna. Berdasarkan pemerhatian saya, terutamanya orang kita dah semakin kurang membaca bahan-bahan yang berpengetahuan dan yang mampu mendatangkan faedah. Buku atau bahan bacaan yang memaparkan kisah-kisah bermanfaat semakin diketepikan. Cerita yang viral dan tak masuk akal, itulah yang akan dibaca terlebih dahulu sebelum memulakan hari-hari baru. Bangun pagi je dah baca gosip hiburan.

Saya lihat kebanyakan pengguna pengangkutan awam di Malaysia semakin jarang yang membaca bahanbahan berguna. Cerita- cerita di blog hiburan dan perkongsian cerita di Facebook yang giat didalami. Sayang sebenarnya. Sudahlah kandungan cerita yang tak pasti kesahihannya, lepas tu disebarkan pula kepada kawan-kawan. Habislah minda mereka diracuni. Sebab itulah, GLAM Lelaki gemar menampilkan kisah semasa yang patut diberi perhatian atau teladan menerusi penulisan rencana oleh beberapa penulis termasuk kandungan temu bual bersama para selebriti dan individu yang pernah menghiasi GLAM Lelaki. Jarang sama sekali kisah-kisah sensasi atau yang bersifat peribadi kami soalkan. Kebanyakannya, mengenai perihal kerja, situasi semasa dan pandangan mereka terhadap sesuatu isu.

PEOPLE WITH REAL TALENT

Tetamu yang tak dijangka seringnya muncul dalam GLAM Lelaki. Sekadar menyebut, Yusof Gajah, Dr. Lutfi Fadil, pelakonpelakon MUD KL, Jalil Hamid, U-Wei Hj. Shaari, Nik Amir Mustapha, Abdul Latif Romly, Khalid Salleh, Awangku Irawan, Sofia Jane, Nabila Huda, Beto Kusyairy, Zamarul Hisham, Hasnul Rahmat, Sean Wong, Joe Chia, Nam Ron dan ramai lagi. Mereka meninggalkan kesan dan ternyata menjadi sebutan dan pertanyaan ramai. “Mengapa mereka?” “Kenapa tak letak muka si polan ni?”

Benar nama-nama yang saya sebutkan ini bukan ‘familiar faces’. Tak ramai di antara kita yang tahu atau menyedari akan keberadaan mereka. Kerja-kerja mereka kebanyakannya tertumpu di belakang tabir. Dan inilah sebab mengapa mereka perlu diketengahkan. Selain selebriti seperti Fattah Amin, Nur Fazura dan Remy Ishak, these are the people you should know. Walaupun mereka tak sekacak atau secantik mereka, but they are special in their own

ways. Dan sudah menjadi sebahagian daripada tugas GLAM Lelaki untuk memaklumkan kepada pembaca bahawa merekalah antara orang kuat dan penting yang membentuk serta memperjuangkan bidang-bidang tertentu. Real people with real talent. Kuala Lumpur Fashion Week

should take note on this. Jemputlah orangorang penting fesyen ke pertunjukan fesyen. Bukan mereka yang ‘wannabes’.

Perjuangan GLAM Lelaki masih lama lagi. Banyak lagi yang belum sempat kami paparkan buat tatapan pembaca. Terlalu banyak ilham dan impian yang difikirkan belum lagi GLAM Lelaki kongsikan. Ramai lagi wajah-wajah baru dan senior bakal menghiasi halaman GLAM Lelaki. Banyak lagi nama-nama yang bermain dalam fikiran saya yang ingin saya tampilkan dalam GLAM Lelaki isu akan datang.

Informasi fesyen dan gaya hidup terkini akan terus giat meliputi ruang majalah ini. Harapnya, selama 10 tahun GLAM Lelaki beraksi di muka bumi ini, ia sedikit sebanyak telah membawa perubahan positif. Apa yang kami perlukan ialah sokongan yang tak berbelah bagi oleh semua pihak. Teruskan membaca GLAM Lelaki. To many more years with us!

U-Wei Hj. Shaari & Diana Danielle

Dato’ Setia Aubry Mennesson Hasnul Rahmat

Dayang Nurfaizah

Datuk Rahim Razali

Jc Chee & Saran Kumar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.