PERHATIAN KEPADA PERINCIAN

GLAM Lelaki (Malaysia) - - HOROLOGI -

Seni ketukangan asli arloji diraikan dengan nukilan yang menjulang kegemilangan seni kraf tangan ukiran tangan. Traditionnelle 14- Day Tourbillon “Dragon” megah diperkenalkan Vacheron Constantin kepada dunia. Memaparkan sentuhan seni Haute Horlogerie serta ekspresi unik ketukangan halus lagi terperinci yang berselimutkan emas kuning dengan makhluk mitos naga menunggang nadi kuasanya yakni pergerakan mekanikal tourbillon pada kedudukan indeks jam 6. Tidak lupa juga, ukiran apungan awan pada dail, case serta bezel memperkasakan lagi kuasa mitologi Cina ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.