MENGUNGKAP EJEN RAHSIA

Kolaborasi global antara TAG Heuer bersama produksi perfileman Marv dan 20th Century Fox mempersembahkan jam tangan edisi khas TAG Heuer Connected Kingsman kala meraikan susulan filem ejen rahsianya, Kingsman: The Golden Circle

GLAM Lelaki (Malaysia) - - HOROLOGI - Teks : Zuhairie Sahrom Gambar : TAG Heuer

Bakal ditayangkan September ini di seluruh dunia, jam TAG Heuer Connected Edisi Khas Kingsman ini dipilih sendiri oleh pengarah terkenal Matthew Vaughn untuk dipakai oleh ejen rahsianya. Jam dijual secara eksklusif selama sebulan menerusi destinasi portal runcit lelaki terkemuka di dunia, yakni Mr Porter bermula Julai lepas. Strategi pemasaran ini adalah pelancaran dalam talian global pertama TAG Heuer di dalam memasarkan strategi serta membina asas perniagaan e- dagang. Juga untuk menghubungkan saluran bagi generasi milenia. Selain Mr Porter, jam turut dipasarkan menerusi laman portal asal China, JD.com dan Tmall.com.

Jam tangan Connected Modular 45 ini dikatakan dipakai oleh karakter-karakter penting menerusi filem Kingsman: The Golden Circle yang mana menyumbang kepada kejayaan misi para ejen rahsianya. Lantaran daripada itu, para ejen ini memerlukan jam tangan yang

utuh untuk menahan tekanan di bawah permukaan air mahupun adegan lasak. Edisi khas ini membias aura serta estetika agresifnya dengan lugs atau cuping jam yang digarap besar dari material emas merah lalu disempurnakan dengan tali jam kulit siap dengan ukiran Kingsman padanya.

Tidak berhenti di situ, jam tangan ini didatangkan dengan tali jam kedua dalam material baldu rona jingga. Di mana ia diinspirasikan daripada jaket baldu ikonik yang disarungkan oleh Taron Egerton. Perbezaan yang ketara antara Edisi Khas Kingsman dengan koleksi yang sedia ada adalah menerusi fungsi dailnya. Hadir sama ada dalam rona biru gelap atau kelabu, inskripsi serta logo Kingsman dilayarkan pada indeks jam 9 dan 3. Selain itu tepat jam 10:10, dail bergetar selama 10 saat langsung terpampang logo K.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.