WAJAH BARU VINTAGE

Penyatuan masa lampau bersama arus kemodenan masa kini menerbitkan Generasi Ketiga Vintage. Himpunan ini adalah barisan sulung dalam penciptaannya sejak Bell & Ross diasaskan

GLAM Lelaki (Malaysia) - - HOROLOGI -

Bell & Ross senantiasa mengungkapkan himpunan jam tangan yang berdamping mesra dengan sejarah arena penerbangan. Maka, dengan itu hadirnya koleksi Vintage yang memberikan sepenuh penghormatannya kepada kunci era pengembaraan aeronautik yang hebat. Setiap garapan siri jamnya berselimutkan peristiwa penting mengikuti erat kronologi langsung meringkaskan sejarah arena penerbangan. Sama dengan koleksi yang sedia ada ilham Bell & Ross, instrumen profesional ini diterapkan sama DNA ketenteraan. Terus, memenuhi set spesifikasi dan keperluan yang ditetapkan baik untuk angkatan tentera darat, laut mahupun udara.

Senang difahami serta jelas keterbacaannya, jam juga dilengkapi fungsi serta ketepatan adalah tunjang keutamaan. Jam tangan siri Vintage sememangnya tahan air bagi memastikannya sesuai untuk persekitaran akuatik. Siri himpunan Vintage diperkenalkan waktu tahun pertama Bell & Ross diasaskan. Jam berbentuk bulat ini adalah klasik. Ditampilkan sama pelbagai komplikasi seperti kronograf, fungsi flyback, zon waktu kedua, kaunter tarikh juga tetingkap saat yang dilampirkan kecil. Himpunan ini punya kesamaan dengan jam ikonik BR 01, namun dalam garapan case bulat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.