LEMPARAN KELULI SI PENYELAM

Direka dengan case keluli yang utuh dengan cincin seramik berteknologi tinggi, laman dailnya pula digarap jelas kala menyelam di laut dalam. Superocean 44 Special terbaru berkebolehan menyelam kedalaman 1,000m (3,300 kaki)

GLAM Lelaki (Malaysia) - - HOROLOGI -

Tidak kira di darat, udara mahupun di bawah permukaan laut, Breitling senantiasa berkongsi semangat prestasinya, di mana ketepatan dipertaruhkan. Sejak tahun 1957 lagi, barisan Superocean sudah mendedikasikan jam tangan yang berpaksikan teknologi terbaik bagi penggunaan para penyelam profesional serta pencinta pengembara alam akuatik. Dilengkapkan dalam gaya original serta teknikal, siri khas ini dibentangkan dalam dua versi yakni hitam dan biru.

Siri Superocean 44 Special ini nyata berbeza dari yang lain. Digarap dengan cincin bezel daripada seramik yakni material yang tahan lasak serta antitahan calar, jam direka bagi penyelam yang dambakan cabaran lasak. Bezel dalam rona hitam atau biru ini sepadan dengan laman dail. Lalu case keluli disempurnakan dengan kemasan gilap satin pada segenap permukaannya termasuk crown. Membias karakter maskulin yang

powerful, ciri teknikal lagi berkeupayaan tinggi ditampilkan sama pada tali gelang keluli. Tidak lupa juga dengan tali getah hitam atau biru yang punya barisan liang lubang yakni, signatur Breitling.

Berkebolehan kalis air pada kedalaman 1,000 m (3,300 kaki), gasket berkembar berfungsi untuk mengunci kedap crown. Injap keselamatan pula bertanggungjawab untuk mengimbangi perbezaan tekanan di dalam juga pada luar case. Biasan cat lut sinar pada indeks jam memastikan keterbacaan yang sangat baik. Jarum jam dan minit dalam motif Baton-type jelas dibezakan. Cincin

bezel boleh diputar sehala melengkapkan karya khas ini bagi mengelakkan sebarang lanjutan masa menyelam yang tidak diingini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.