PENJULANG WARISAN

Berpaut erat dengan tradisi, setiap nukilan terbaru Speedmaster membias energi serta reka bentuk yang terinspirasi dari model terdahulu. Meleret pandangan kepada karya terbaru, perinciannya jelas menyinari dari laman dail

GLAM Lelaki (Malaysia) - - HOROLOGI - Teks: Zuhairie Sahrom Gambar: Omega

Gaya olahan trek minit yang tersendiri dibentangkan pertama kali pada tahun 1968 yang berkait rapat dengan warisan perlumbaan dunia automotif. Kembali menyinari barisan Speedmaster ini, Speedmaster Racing Master Chronometer terbaru diperkasakan dengan ciri unik serta fitur yang diperhalusi untuk debut 2017. Model pertamanya digarap dari keluli tahan karat dengan perincian dail

matt-black serta cincin bezel seramik mempamerkan skala tachymeter yang digilap dengan kemasan Liquidmetal®. Rona kontras jingga pada jarum serta penunjuk indeks masa menyempurnakan karakter agresif model ini.

Lantaran itu, model keduanya diperbuat daripada emas Sedna 18k lalu diperkemas dengan gabungan rona biru gelap pada laman dail serta cincin bezel seramik siap berskala tachymeter dalam kemasan Ceragold. Kedua model ini diperlengkap dengan ‘alternating’ trek minit dalam sentuhan perlumbaan yang mana merupakan nama buat modelnya. Namun, ketebalan case yang berdiameter 44.25mm ini jauh lebih nipis daripada versi sebelumnya yang diperbuat daripada kristal nilam khususnya.

Perincian lain yang perlu diberi perhatian juga adalah penunjuk indeks jam dalam gaya arrowhead dengan kemasan Super-LumiNova serta subdail yang diperluas untuk kejelasan pembacaan. Pada model keluli tahan karat, tali jam kulit rona hitam memperlihatkan getah warna jingga yang bertindak sebagai liang pernafasan untuk pemakainya. Rekaan berlubang ini juga menambahkan cita rasa sporty. Manakala, bagi model yang emas Sedna 18k, jam disempurnakan dengan tali jam kulit buaya sepadan dengan karakternya yang lembut namun tetap maskulin. Keduadua jam tangan ini didatangi waranti penuh Omega selama 4 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.