ANJAKAN DINAMIK

Trend masa kini memperlihatkan kebebasan dalam pengolahan penampilan diri. Lantaran itu, seleksi jam tangan dari jenama fesyen mewah turut sama mencitrakan karyanya yang bernada versatil di lapangan Baselwolrd 2017

GLAM Lelaki (Malaysia) - - HOROLOGI -

Semenjak kemunculan Alessandro Michele, Gucci terus menjadi perhatian kala mempertontonkan himpunan demi himpunan yang mengekspresikan energi keterbukaan jantina. Maka, barisan jam tangannya turut berpaksikan nada yang sama. Koleksi G-Timeless terbaru diolah cukup versatil dengan paparan siluet, tekstur dan kombinasi rona vibrant. Pengarah kreatifnya adalah insan yang bertanggungjawab dalam mereka koleksi terbaru ini. Reka bentuk unik memperlihatkan motif lebah, bintang serta hati sebagai indeks masa. Jam punya fitur tarikh serta indikasi fasa bulan ini didatangi dalam dua saiz yakni, 36mm dan 40mm. Lalu, disempurnakan dalam seleksi tali jam tangan termasuk tali mesh klasik juga tali kulit eksotik.

Dibentangkan pertama kali tahun lalu khusus untuk kaum Adam, tahun ini Monsieur de Chanel ditampilkan dalam

case material platinum edisi terhad kepada 100 utas dengan kemasan dekorasi laman dail

grand feu enamel. Selain itu, jam juga digarap dalam material emas putih dan emas kuning air. Antara kuasa dan kebijaksanaan, Monsieur diperkukuhkan dengan fitur berganda yakni Jumping Hour serta Retrograde Minute hasil pergerakan Caliber 1 yang mana merupakan kaliber pertama hasil Chanel sendiri. Sekali lagi, Chanel berjaya mengungkapkan visi uniknya dalam membikin jam tangan bernada maskulin yang bersaiz 40mm dengan ketebalan 10mm. Slim d’Hermès L’heure Impatiente punya personaliti menawan, berselimut sama rekaan yang cukup segak buat lelaki masa kini. Penghasilannya mengambil masa selama lima tahun. Jam dikuasakan oleh pergerakan Hermès H1912 yang hanya berketebalan 3.7mm. Langsung, membiaskan kerumitan mekanikalnya dengan 193 komponen tersembunyi kemas dalam kaliber. Case bulat berdiameter 40.5mm digarap daripada material emas merah yang diperkemas dengan tali jam kulit buaya. Perincian laman dail opaline silver disempurnakan dengan tipografi indah hasil pereka grafik Perancis, Philippe Apeloig. Tingkap sub- dail pada indeks jam 4 adalah fungsi Impatient hour yang dilengkapi dengan rizab kuasa 42 jam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.