WANGIAN BERETIKA

GLAM Lelaki (Malaysia) - - SEGAK RAPI -

Rumah olfaktori Peranchis pertama yang menghasilkan haruman berdasarkan 100 peratus ramuan semulajadi, 100BON (sebutan ‘scentbon’) bukan saja bebas daripada bahan petrokimia, warna tiruan dan ramuan sintetik, ia juga dijual dengan harga amat berpatutan. Menarik lagi, wangian 10ml dan 50ml boleh diisi semula (refill) menggunakan botol asal anda untuk mengurangkan pembaziran. Malah, setiap botol dan penutupnya juga boleh dikitar semula. 10ml RM69, 50ml RM169 & 200ml, RM259, 100BON boleh didapati di Sogo KL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.