HARUMAN TERMAHAL DI DUNIA

How much would you pay for a scent? Sanggup membelanjakan harga sebuah SUV mewah atau sebuah apartmen kecil demi satu haruman?

GLAM Lelaki (Malaysia) - - HARUMAN -

Untuk jenama berprestij Clive Christian, satu-satunya rumah olfaktori yang diberi penghormatan memegang imej mahkota Ratu Victoria, nota-nota bau daripada ramuan yang eksotik dan eksklusif menjadi intipati rangkaian harumannya. Dan haruman Clive Christian No. 1 daripada Original Collection antara seleksi yang paling mahal. Diperkenalkan pada tahun 2001 dan hadir dalam versi maskulin dan feminin, Clive Christian No. 1 berharga £ 450 (RM2,500) untuk Parfum 50ml. Nota atasnya menyeru tradisi budaya English melalui kelembutan herba daun taim dan buah pala, disusuli nota tengah Lily Of The Valley yang segar. Kacang Tonka mengakhiri konkoksi olfaktori ini, turut dibuai

golden amber, vanila Madagascar, musk dan kayu cendana. Penuh kontra, versi maskulin Clive Christian No. 1 bermula dengan bau flora yang segar dan powdery, sebelum beralih ke rasa oriental yang mewah dan original.

Menariknya, haruman ini juga didatangkan dalam beberapa edisi terhad ultra-istimewa dan sudah tentunya, ultramahal.

Sempena pembukaan butik Salon de Parfum di Harrods, London pada tahun 2014, Clive Christian menghasilkan edisi khas haruman No. 1 Passant Guardant dalam botol kristal mega-mewah dihiasi kekisi emas 24ct dengan gencana rumah olfaktori ini bertatahkan 2,000 intan putih, dengan sepasang intan kuning dan pink diamond membentuk mata dan lidah singa pada gencana itu. Parfum 30ml ini berharga £143,000, yakni lebih kurang RM797,000! Namun, tujuh tahun sebelum itu, edisi Clive Christian No. 1 Imperial Majesty Perfume berjaya memasuki

Buku Rekod Dunia Guinness sebagai the most expensive perfume in

the world. Terhad kepada 10 botol sahaja, haruman bersaiz 500ml itu disimpan di dalam flakon kristal Baccarat dengan lehernya dibaluti kolar emas 18ct dihiasi pula intan 5ct. Ramuannya pula lebih eksklusif, dengan nota atas buah pic putih, nota tengah berteraskan ros, melur,

ylang ylang dan orkid hijau, diakhiri vanilla Tahiti dan kayu cendana India berusia 50 tahun. Setiap botol ini didatangkan dalam kotak laker khas dengan interior dilapisi sutera. Harga kesemuanya? USD250,000. Mampu? GL

Clive Christian No. 1 Imperial Majesty Perfume

Clive Christian No. 1 Passant Guardant

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.