TANPA BEDAH, TANPA RISIKO

Rawatan estetik menkonturkan badan menemui inovasi baru untuk mengurangkan lemak badan secara selamat, tak invasif dan tanpa kesan sampingan

GLAM Lelaki (Malaysia) - - SEGAK RAPI - Teks: Abdul Aziz Draim Gambar: Zimmer Aesthetics

Liposuction, rhinoplasty, face-lift, pembedahan kelopak mata dan pengurangan payudara. Di Amerika Syarikat, begitulah lima prosedur pembedahan kosmetik paling popular... di kalangan laki-laki. Ya, percaya atau tidak. Termasuk rawatan pengurangan payudara. (Khasnya untuk mereka yang mengalami Gynaecomastia, yang kita lebih sedia maklum sebagai ‘man boobs’). Di Singapura pula, lebih satu pertiga daripada klien klinik rawatan estetik terdiri daripada kaum Adam.

So it’s not a weird thing anymore: lelaki pun inginkan paras rupa yang cantik. Selain budaya gim dan grooming sebagai solusi untuk kita tampil lebih tegap dan kacak, rawatan estetik – secara surgikal atau alternatif tak invasif – turut menjadi pilihan popular di kalangan jejaka urban sekarang. Termasuklah di Malaysia.

Kerana tak semua lelaki larat atau punyai disiplin dan masa untuk ke gim atau berdiet. Dan perlu juga ditekankan, tak semua rawatan estetik diambil sebagai langkah drastik atau jalan malas untuk mencantikkan tubuh atau wajah. Masingmasing punya sebab tersendiri.

Namun, menyedari wujudnya permintaan untuk rawatan estetik yang selamat, tak invasif dan tanpa risiko, tahun ini Zimmer Aesthetics memperkenalkan trend terkini dalam prosedur mengkonturkan badan (body contouring), yakni Cryo-Lipolysis generasi kedua.

Teknik baru yang diperkenalkan ini menggabungkan dua prosedur inovasi kejuruteraan Jerman, iaitu Z Lipo (Cryo-Lipolysis) dan Z WavePro (terapi gelombang kejutan disahkan oleh US FDA). Tujuan prosedur ini ialah untuk mengurangkan lemak badan secara tanpa invasif, sebagai alternatif kepada rawatan surgikal seperti liposuction.

Caranya? Cryo-lipolysis ialah satu prosedur pembekuan lemak di bahagian tertentu badan. Misalnya, pada upper arms, paha, atau kebiasaannya untuk lelaki, di bahagian abdomen dan

love handles. Dalam satu sesi 60 minit, mesin Z-Lipo akan mencengkam zon badan yang ingin dirawat dan membekukan mendapan berlemak di situ, yang seterusnya menghapuskan sel lemak. Prosedur ini diikuti prosedur Z WavePro pula yang menggunakan teknik shockwave untuk memecahkan struktur grid molekul tisu lemak demi penyahstabilan struktur lemak.

Selain pengurangan lemak, prosedur ini juga boleh mengurangkan selulit dan menegangkan kulit menggeleber.

Yang penting, kedua- dua prosedur ini tidak memerlukan pembedahan dan tiada side

effects. Rawatan satu sesi berharga antara RM1,500 ke RM1,800 bergantung kepada kawasan tubuh yang dirawat. Namun, jangan berharap pada rawatan semata-mata. Amalkan pemakanan sihat dan senaman sewajarnya selepas rawatan agar lemak tidak terkumpul semula. Nak cantik perlulah usaha sikit, bukan? GL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.