HIT 'EM ALL!

GLAM Lelaki membawakan rutin bagi memperkasakan otot bahu serta belakang terutamanya trapezius bersama ahli bina badan profesional dalam kategori ‘men’s physique’, Faiz Ariffin

GLAM Lelaki (Malaysia) - - FITNESS - Teks, Penyelaras, Arahan Seni & Penata Gaya: Zuhairie Sahrom Gambar: Jason Lee Grooming: Erlind M Cabanganan menggunakan Lancôme Model: Ahmad Faiz Ariffin Terima Kasih Gimnasium Oxygen Specialized @Tukuldanbesi Atas Tajaan Lokasi.

Faiz Ariffin adalah ahli bina badan natural profesional. Sekali gus merangkap atlet kebangsaan sepenuh masa

Artikel penulisannya disiarkan menerusi portal rasmi bodybuilding.com. terus menjadi warga Malaysia pertama yang dipaparkan secara global pada tahun 2011

Rakan sekutu Air Asia dalam menterjemahkan visi #DareToDream serta mencapai matlamat kejayaan

Pertama kali menjejakkan kaki di arena seni bina badan, Mr. Kuala Lumpur pada tahun 2011 kategori junior bawah 70kg

Mewakili Majlis Sukan Wilayah Persekutuan untuk SUKMA 2013. Mendapat pingat emas untuk sukan bina badan, kategori junior atas 70kg. Juga mewakili Malaysia untuk Kejohanan ke-47 Asian Bodybuilding and Physique Sports di Veitnam di bawah kategori Terbuka Physique

Pada 2014, mewakili Malaysia untuk Kejohanan ke-12 South East Asia Bodybuilding di Singapura dan mendapat tempat kedua di bawah kategori Men’s Athletic Physique atas ketinggian 170cm. Juga mewakili Malaysia untuk Kejohanan ke-48 Asian Bodybuilding and Physique Sports di Macau

Pada 2015, mewakili Malaysia terus mendapat tempat ke-5 untuk Kejohanan ke-49 Asian Bodybuilding and Physique Sports di Uzbekistan. Juga mewakili Malaysia untuk Kejohanan World Bodybuilding and Physique Sports (WBPF), mendapat tempat ke-7 di bawah kategori Men’s Athletic Physique

Pada 2016 mewakili Malaysia dan mendapat tempat ke-4 untuk Kejohanan ke-50 Asian Bodybuilding and Physique Sports di Bhutan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.