INGIN BERSENAM DI GIM DENGAN...

GLAM Lelaki (Malaysia) - - WANITA IDAMAN -

“Peluang demi peluang membuka pintu karier saya, dan saya tidak pernah menoleh ke belakang kerana diri ini tidak akan senantiasa muda. Saya panjatkan kesyukuran ke atas Ilahi atas berkat serta Restunya. Waktu masih menuntut di UNISEL, saya membantu rakan yang mengambil jurusan fotografi. Menjadi model untuk portfolionya, saya ambil peluang itu dan terus mengasah bakat. Pernah menjadi model untuk pementasan di pusat beli- belah seperti di SACC Mall Shah Alam, walaupun tidak punya kenalan dalam industri fesyen. Saya menyertai group di dalam Facebook yang menghubungkan saya dengan model, jurugambar serta booking agent kerana punya minat yang mendalam untuk menerokai bidang ini lebih lanjut. I learn on the go, through experience and exposure. Saya mempelajari selok-belok dunia peragaan hasil penyelidikan sendiri serta pertolongan orang persekitaran. Saya berbesar hati dan menghargai jasa semua yang terlibat secara sedar mahupun tidak.”

Saat manis sepanjang bergelar peragawati?

Terpilih untuk berjalan di pentas Levi’s – it’s a big deal for me kerana itu adalah jenama global pertama – selain menjadi peserta musim ke-5, Asia’s Next Top Model.

Gaya...

Apa jua yang selesa dan yakin dalam apa jua persalinan. Don’t push yourself if you don’t have the confidence because don’t let your clothes wear you. Misalnya kalau ingin mengenakan cropped top, ambil sebanyak masa yang mungkin untuk mempersiapkan tubuh ideal. Kalau punya personaliti dan anda berkeyakinan tinggi, anda lulus untuk menyarungkannya. Sebaliknya jika sangsi, sudahnya anda tidak duduk diam tertarik-tarik baju untuk menutupi bahagian tubuh yang terdedah.

Apakah yang kamu faham tentang lelaki?

Guys are very visual. Jika mereka suka akan sesuatu yang dilihat, mereka cenderung untuk menyuarakannya. What I know about guys is, I prefer to hang-out with them. Saya berpendapat sifat ‘outspokenness’ saya sesuai dengan lelaki kerana mereka boleh menerimanya berbanding wanita yang kadangkala sensitif.

Jika diberi peluang untuk memilih teman...

Saya memilih untuk berkawan dengan lelaki, like forever. Senang dan tiada drama.

Boleh hidup tanpa lelaki?

No way, because my close friends are mostly guys! Kebanyakan lelaki yang saya kenali mereka tidak pernah cepat menilai saya. Misalnya, mereka tidak ambil peduli berapa kali saya memakai pakaian yang sama. Walhal jika berdamping dengan kawan perempuan kita perlu sentiasa mengikuti trend semasa. You need to keep-up and have the perfect hair, perfect outfitand even make-up. That is so much effort. So for me, I prefer to hang-out with my boyfriend’s friends, which I’m totally okay with it.

Perkara normal yang dibuat lelaki tapi seksi bagi kamu?

Bila berbicara dengan lelaki dan mereka menolak kaca matanya ke atas. Itu tandanya mereka fokus dan ingin mendengar. Tidak lupa juga, bila mereka punya rambut panjang dan tarik ke belakang dengan bersahaja. Seksi!

Briefs vs boxers?

Boxers, sebab tampak relaks dan selesa. Mereka boleh menyarungkan boxers kala di rumah. It looks weird if you’re at home and wearing briefs. It just feels like you’re walking around naked.

Perkara pertama yang anda perasan tentang lelaki?

Senyuman mereka. Saya adalah individu yang menghargai senyuman dan ketawa. Saya suka lelaki yang kelakar dan boleh membuatkan saya ketawa.

Perkara yang mahu diubah tentang lelaki.

They think that models are easy targets. Like, touch and go. No, we’re models so we’re harder.

Mantera hidup...

If you want truth, you tell the truth and truth shall finds you.

Chris Pratt, Ryan Reynolds dan Tom Hardy

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.