CETUSAN KETERUJAAN STERLING

GLAM Lelaki (Malaysia) - - WANITA IDAMAN -

Jenama automobil kompak premium yang berselimutkan rasa sofistikated, MINI Malaysia memperkenalkan MINI Clubman Edisi Sterling baru. Terhad kepada 20 unit, tempahan eksklusif hanya dibuka menerusi dalam talian di www.mini.my/ sterlingedition. “MINI Clubman ialah kereta yang mencetuskan lembaran sejarah baru buat MINI. Ia bukan sahaja merevolusikan jenama dengan membawakan tarikan MINI ke tahap lebih tinggi, malah memperkenalkan segmen sosial yang kreatif dan baru kepada kami. Hari ini, MINI Clubman Edisi Sterling adalah versi moden terhad kereta yang paling ikonik di dunia,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun kala memperkenalkannya.

Salah satu ciri utamanya adalah warna perak pada bahagian badan dengan perumah cermin sisi dan bumbung diwarnakan rona hitam siap ditampilkan sama bendera Union Jack bagi mengingatkan asal-usulnya dari Britain. Tumpuan terhadap perincian dipamerkan menerusi rim khas MINI Yours Masterpiece bersaiz 18 inci juga pada ruang kabin dengan kombinasi dominan warna biru (Indigo Blue) berserta perincian merah bata (Pure Burgundy). Berupholsteri kulit lembut dan mewah, tempat duduk generasi baru ini ditafsirkan daripada sofa klasik Chesterfield. Terus menyerlahkan warisan British pada jentera MINI.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.