LIBURAN DAMAI KONTEMPORARI

GLAM Lelaki (Malaysia) - - PROMO -

Terletak di tengahtengah kehijauan menghadap Pulau Pangkor dan Selat Melaka, merupakan destinasi menarik iaitu SwissGarden Beach Resort Damai Laut. Resort ini dihubungkan melalui Lebuhraya Utara- Selatan. Nikmatilah perjalanan yang tenang dan indah dari utara melalui Changkat Jering, Pantai Remis dan Segari terus ke resort. Pelbagai aktiviti riadah disediakan, antaranya tunggangan ATV, memanah, menunggang kuda dan juga bola sepak. Untuk aktiviti berasaskan air, para pengunjung boleh membuat pilihan samada untuk snorkeling, berkanu, atau mencuba jet ski . Di Swiss- Garden Beach Resort Damai Laut, aneka ramuan tempatan diadunkan untuk mencipta aneka jenis hidangan bagi menjanjikan pengalaman santapan yang mengasyikkan.

Anda juga boleh mencuba padang golf 18 lubang par 72 taraf kejohanan yang direka merentasi lanskap tropika dengan sembilan lubang menghadap ke Selat Melaka dan sembilan lagi ke arah muara Sungai Dinding. Keindahannya yang tersendiri, dihiasi kehijauan pokok-pokok asli, bukitbukau dan tasik berliku menjadikan Damai Laut Golf & Country Club salah satu padang golf yang paling menarik di negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.