Dunkirk

Direktor: Christopher Nolan Pelakon: Kenneth Branagh, Mark Rylance, Tom GlynnCarney, Barry Keoghan, Tom Hardy & Harry Styles •••••

GLAM Lelaki (Malaysia) - - GAYA HIDUP -

Filem garapan sutradara Christopher Nolan, Dunkirk menyajikan sudut pengambilan gambaran yang dramatis. Hasilnya, suasana filem Dunkirk memang jadi lebih bernyawa. Penonton dapat merasakan situasi sebenarnya saat momen sejarah ini tercipta. Biarpun, Dunkirk berisi kisah perang dan pertempuran, Christopher Nolan berhasil mengemasnya dengan baik sehingga saya terbuai menontonnya.

Bertentangan dengan filem perang biasa, Dunkirk tidak menampilkan adeganadegan keras melampau seperti filem Black Hawk Down (2002) dan Pearl Harbor (2001). Mengambil latar masa Perang Dunia 2, Dunkirk berkisah tentang aksi penyelamatan 330 ribu tentera Sekutu yang berasal dari empat negara berbeza iaitu England, Perancis, Belgium dan Belanda. Tentera-tentera ini terdampar di sebuah pantai yang terletak di kawasan Dunkirk, Perancis. Uniknya, kisah Dunkirk hadir dengan gaya penceritaan yang berbeza membuatkan sesiapa sahaja yang menontonnya rasa ‘senang’. Tidak membosankan sama sekali.

Dunkirk mengutarakan tiga sudut pandang berbeza iaitu dari The Mole, The Sea dan The Air. Ketiga-tiga bahagian ini mengambil waktu yang berlainan, namun akan terhubung menjadi satu cerita utuh di bahagian akhir. Kala pengisahan ini berlangsung, penonton bagai diajak kebingungan untuk mengikuti alur majumundur di dalamnya. Tanpa disangkal lagi, Dunkirk mendapat lebih perhatian pabila Harry Styles dilaporkan akan turut sama membintangi filem ini di samping pelakon hebat lain.

Tema kekeluargaan, persahabatan dan nilai kehidupan disahut hebat dalam tiap kisah yang ditampilkan. Survival hidup masyarakat ketika itu terutamanya golongan askar diceritakan dengan cukup tersusun. Unsur drama cerita semakin menegangkan dengan sentuhan audio olahan Hans Zimmer.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.