SEMBANG PEREKA

GL diberi peluang eksklusif berbicara bersama Andreas Löwenstam, Ketua Rekaan Menswear H& M, mengenai koleksi terkini H& M Edition

GLAM Lelaki (Malaysia) - - STAIL -

Apa membezakan H& M Edition dengan rangkaian H& M yang lain?

H& M Edition punya pendekatan lebih segar dan elevated untuk menawarkan

staple pieces untuk lelaki. Fokusnya lebih kepada rekaan

timeless untuk lelaki masa kini, menjadikan ia koleksi persalinan kasual paling ideal. Setiap langkah dalam proses rekaan koleksi ini tertumpu pada kesempurnaan mutlak. Kami bagaikan obses mencari fabrik terbaik, potongan terbaik dan fit terbaik.

Falsafah H& M Edition?

Merujuk kepada desain, setiap item telah dipertimbangkan dengan setiap potongan dan jahitan bagi mencipta a

signature look yang mampu berevolusi dari musim ke musim. Bagi saya, adalah penting bagi H& M Edition untuk melangkah beyond fashion.

Siapakah target H& M Edition?

Himpunan ini direka sebagai tambahan kepada apa yang sudah kami tawarkan kepada konsumer lelaki kami. Klien lelaki H& M secara tipikal ialah jejaka moden yang gemar berpakaian cantik, dan mahukan persalinan klasikal yang punya sesuatu ekstra. Sebab itulah fokus kami terarah pilihan fabrik, potongan dan fit untuk menghasilkan suatu kelebihan.

Inspirasi koleksi baru ini?

Ilham kami ialah item-item klasik. Kami mahu kembali kepada basics tapi dimodenkan semula dengan potongan lebih segar dan fokus pada perincian.

Which would you say are the key pieces?

The re-worked parka, the zip-up leather jacket, the perfectly cut 5-pocket jeans and the wool coat in cashmere. Setiap item ini amat klasik dan boleh digayakan setiap musim.

Sungguhpun koleksi ini bertemakan musim dingin, wujudkah item untuk iklim tropika seperti di Malaysia?

Sudah pasti. Kami sentiasa memikirkan pelanggan global dalam setiap koleksi kami.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.