ANGIN

GLAM Lelaki (Malaysia) - - HOROLOGI -

Dipersembahkan dalam keluli juga versi emas berserta laman dail rona gangsa yang digarap eksklusif. Jam ini dikuasai oleh Kaliber B03 buatan Breitling dengan fungsi kronograf split-seconds. Di mana ia merupakan salah satu karya komplikasi tercanggih dalam lapangan arloji. Sekali gus dua paten telah difailkan bagi melindungi komponen enjin Breitling yang digarap cukup inovatif ini. Pushpiece ditampilkan pada crown sebaris dengan indeks masa jam tiga yang berfungsi untuk menghentikan serta memulakan jarum seberapa banyak yang dikehendaki bagi mengukur ketepatan masa perantaraan. Jam Navitimer Rattrapante, RM53,150

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.