BRONT PALARAE

Namanya tidak terikat dengan mana-mana bangsa mahupun agama. Menggabungkan nama timangan di bangku sekolah serta nama keluarga sebelah ibu berkewarganegaraan Thai, nama ‘ Bront Palarae’ is an homage and universal. Menjulang pesona jejaka yang miliki karak

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - Teks, Penyelaras dan Penata Gaya: Zuhairie Sahrom Dibantu Oleh Zulhilmi Sahrom Arahan Seni : Ainuddin Fikry dibantu oleh Abdul Aziz Draim Gambar : Edmund Lee Grooming & Rambut : Fendi Sani Pakaian: Bottega Veneta Musim Luruh Sejuk 2017. Topi Milik Penata

Namanya tidak terikat dengan mana-mana bangsa mahupun agama. Menggabungkan nama timangan di bangku sekolah serta nama keluarga sebelah ibu berkewarganegaraan Thai, Bront Palarae is an homage and universal.

Menghiasi muka hadapan GL isu Mac 2013, Nasrul Suhaimin Bin Saifuddin atau lebih mesra dikenali dengan nama Bront Palarae dijemput sekali lagi bagi menyerikan isu Tabu ini. Dikatakan menyorokkan isteri dan anak perempuan daripada umum, punya adegan ranjang lagi ghairah menerusi filem Jiwa Taiko di sisi pelakon wanita hebat Malaya, Nadiya Nisaa. Langsung, potretnya yang sedang menyalakan api rokok dirakam cukup berseni dengan penuh karakter serta penjiwaan. Aku berpendapat pesona serta energinya berdamping intim dengan erti Tabu itu sendiri. Rencana Bront cukup sibuk dengan jadual yang ternyata padat. Ini terbukti dengan kehadiran filemnya menemui peminat di pawagam September lalu menerusi Kau Takdirku. Tidak terhenti di situ, sekuel Ayat-Ayat Cinta 2 serta Pengabdi Setan bakal ditayangkan Disember ini. Aku amati trailer filem seram Pengabdi Setan yang sudah dipaparkan di Youtube — it’s so terrifying! Syabas Joko Anwar dan warga produksi Rapi Films atas olahan filem yang hebat.

SI JEJAKA CAREFREE

Berasal dari Alor Setar, Kedah. Bront dilahirkan, dibesarkan dan bersekolah sepenuhnya di sana. Punya tiga beradik, dia adalah yang bongsu. “Saya punya seorang kakak dan seorang abang. Ayah adalah warga negara yang berdarah campuran Cina Melayu. Ibu pula, Melayu kacukan Pakistan yang berkewarganegaraan Thai. It’s a weird mix, we’re pretty much ro jak,” tutur Bront dengan penuh karakter bersahaja. “Lepas tamat SPM saya ke Bangkok, initially the plan was only for a mon th. Tetapi berlanjutan sehingga tiga tahun! Senang kata sampai pasport saya tamat tempoh dan tinggal terlalu lama. “You’re

such a wild child!,” celah aku. “Haha,” Bront gelak besar. “I’m living like a mon k now, but those were the days. It was my party days.” Tambahnya lagi, “Kala itu zaman kegemilangan video muzik. Nama-nama besar pengarah filem hari ini seperti David Fincher, Michael Bay, tidak lupa juga Jonathan Glazer. Semuanya mempertontonkan haluan dan estetik video muzik masing-masing. Lalu, punya keunikan tersendiri. Momen itu menyedarkan saya kerana terbit di hati ingin menjadi pengarah video muzik terkemuka. Demikian, saya memutuskan

untuk terus meninggalkan keseronokan berparti langsung mendaftarkan diri ke akademi perfileman (FINAS). Sebab utamanya adalah yuran pengajian yang berpatutan dan yang kedua kerana mereka menggunakan filem dalam perfileman. I mean real films

as opposed to digital. Waktu menekuni pengajian, sudah tentu sesiapa pun mahu memperoleh wang saku. Maka, saya melakukan apa jua kerja yang berkait dan sebahagian besarnya menerusi job lakonan. Saya pernah buat kerja kru dulu, kemudian wardrobe dan juga membantu tatarias serta

dandanan. Easy money, easy to attract girls dan bukannya kerja buruh kasar yang perlu mengerah tenaga. One thing led to another. One project led to another job. One casting guy led to multiple casting

guys. Waktu itu saya lihat ada konsistensi lalu memutuskan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya dalam lakonan,” terang Bront panjang sambil gelak panjang.

“PRIVASI ADALAH APA YANG SAYA MAHUKAN DAN WAKTU INGIN MENDIRIKAN RUMAH TANGGA, ORANG RUMAH TIDAK MENGHALANG AKAN KONSEP ITU TATKALA MEMISAHKAN KEHIDUPAN KERJA DAN KEHIDUPAN SEHARIAN.”

“Semasa cuti semester tahun pertama saya dapat bekerja dengan Mamat Khalid untuk projek Mat Nor Kushairi & The Velvet Boys yang diterbitkan oleh Puan Sri Tiara Jacquelina. Pengarah uji bakat adalah Osman Ali, waktu itu dia bekerja bersama Tiara. Cuti semester seterusnya saya bekerja lagi dengan Mamat Khalid. Kali ini untuk telemovie Hari Raya Abdullah Rafi. Abang menyapa, ‘abang sebenarnya ada filem baru,’ kata Mamat Khalid. Saya bertanya, ‘Bila, bang?’ Jawabnya, ‘ Tahun depan dengan geng Senario.’ ‘Alamak, saya kena buat internship la masa tu.’ ‘Eh, buat dengan abang la. Berlakon sekali, internship sekali,’ ajak abang. Saya membalas ‘Menarik juga tu. Let’s do it then.’ Selesai Lang Buana, rakan di Astro pula menghubungi saya. Dia bilang mereka sedang mencari hos yang tidak klise. Maksudnya seorang jejaka yang

carefree, fun dan penuh bersahaja. Hadir menguji bakat, tuah badan saya dapat mengikat kontrak untuk program Beat TV di saluran Astro Ria. Ia adalah yang pertama dan terakhir. Hanya untuk dua musim,” cerita Bront sedikit sebanyak mengenai kerjayanya yang sudah mula bertapak di awal 2000- an.

“Ya, tidak menafikan ia amat menyeronokkan. Tetapi dalam masa yang sama ia adalah komitmen kehidupan sebenar. Saya tidak lagi berlakon memandangkan jadual program yang padat. Maka, tiada jalan lain dan hanya tunggu sehingga kontrak tamat. Ia merupakan satu pengalaman yang bagus kerana dapat melihat dan duduk semeja dengan sebahagian besar industri media hiburan tempatan. Pada dasarnya ia membentuk fikiran dan pandangan saya cara orang media memandang para selebriti. Lalu, timbullah idea untuk menyorok kehidupan peribadi kita jauh dari media. Saya rasa Beat TV benar- benar membuka mata saya selepas setahun dengannya. Privasi adalah apa yang saya mahukan dan waktu ingin mendirikan rumah tangga, orang rumah tidak menghalang akan konsep itu. Bahkan, dia bersetuju dan hargainya. Malah, ia juga adalah langkah bijak tatkala memisahkan kehidupan kerja dan kehidupan seharian. Kami berkenalan waktu masih belajar di akademi dan it was a natural progression, memperlihatkan ikatan pernikahan antara kami,” tutur Bront memperkenalkan isteri yang bernama Rozi Isma, juga merupakan seorang produser.

“Sebagai ketua famili saya perlu multi-tasking dan kini menoleh ke bidang keusahawanan selain cuba mencari rezeki langsung mengekalkan daya kreativiti sebagai pelakon. Saya punya label pakaian sendiri yakni, Sir Nasin juga portal online, Daily Seni dan rumah produksi, Pixel Play. Kami baru saja menyelesaikan filem 1.2. Jaga yang diarah juga dibintangi oleh Nam Ron, Beto Kusyairy, Zaidi Omar, Sofea Jane, dan ramai lagi. Berusaha untuk hidup dan mengekalkan status sebagai pelakon itu tidak sukar. Walau bagaimanapun, kekal relevan dalam perspektif yang betul adalah cukup sukar. Apa yang saya maksudkan ialah untuk terus relevan dalam berkarya, mengemas kini terus memberikan apa jua yang baru kepada penonton kerana generasi dan selera berubah-ubah. Saya agak memilih untuk berkarya kerana percaya bahawa saya perlu suka dan jatuh cinta dengannya. Saya menceritakan kisah yang

tidak pernah diceritakan. Barangkali, pernah tetapi dalam pendekatan yang berlainan. But t here’s a boldnessthatyou’relooking

for. Kita boleh melampirkan semua identiti atau elemen unik dan pada masa yang sama kita juga perlu memikirkan akan keseimbangannya untuk mata penonton. Apa jua yang saya lakukan tidak hanya untuk tontonan warga tempatan semata. Saya lakukannya untuk negara seberang juga satu dunia mahu menghayatinya. Bahasa bukan halangan untuk bangsa lain memahami plot penceritaan. Kita sendiri menonton cerita Hollywood, Bollywood juga dokumentari dari negara Timur Tengah dan kita faham akan kandungan. Tidak perlu plot yang barangkali ‘deep’ kerana sometimes it’s purely about the subject matter alone. The untried, untested is much more fascinating to me.”

PREJUDIS DAN TABU

“Saya tidak ada sebarang prasangka buruk terhadap kata ‘jual muka, bukan bakat’ untuk pelapis atau pendatang baru dalam industri lakonan,”

kata Bront serius. “Kita perlu tahu juga tidak semua pelakon handalan di negara Barat itu sendiri adalah lepasan sekolah perfileman atau punya latar belakang dunia seni lakonan yang baik. Dalam hal ini juga kita perlu fahami konteks filem atau program hiburan lain yang diudarakan menerusi kaca televisyen adalah untuk tontonan umum. Kita tidak pernah menyasarkannya kepada golongan elit mahupun bangsawan. Saya pasti mereka tidak melanggan atau menonton filem sekerap orang biasa. They rather pay good money for an

opera or ballet shows. Mungkin. Tujuan kita menonton filem adalah untuk menghiburkan diri. Melepas tekanan emosi atau kekangan kehidupan dengan mencari inspirasi atau dibawa menerokai dunia fantasi. Kehadiran pesona ratu cantik atau model turned

actress bukanlah sesuatu yang baru dalam lapangan ini. Lihat sendiri layar perfileman di Bollywood atau Hollywood, ia bukanlah sesuatu yang asing. Sehubungan itu, apa yang berlaku kepada industri kita adalah bila insan yang bertanggungjawab membawa pendatang baru ini, tidak melakukan perkara yang betul.

Langsung, dicampaknya terus watak-watak utama tanpa memperjelaskan pemahaman yang lebih mendalam, mempersiapkan diri mereka ini dengan proper grooming

or proper prep. Jangan lupa bakat boleh diasah. Sebagai pelakon kita terus mempelajari subjek baru tiap hari. Namun, bila tiada kefahaman itu cukup merunsingkan. Memandangkan sebilangannya pula punya rupa menawan, ada pula stigma yang menyatakan mereka tidak perlu bersusah payah untuk mempertingkatkan pesona agar tampil lebih menarik. Tidak, mentaliti itu perlu dihakis buang!”

“Sebagai contoh, pentas peragaan lelaki. Ia kelihatan cukup mudah. Hanya perlu berjalan terus, strike a pose dan berpusing balik. Ada orang tidak nampak akan semua teknik yang terselindung. Cara berjalan, cara model itu mempertontonkan pakaian yang disarungkan, angles to

pose dan paling penting energi yang ditampilkan kala itu. Yang mana kepada orang lain ia kelihatan mudah dan effortless. Sekarang bila kita mula dengar ada yang mengadu industri makin mundur sama ada dari umum atau pihak media juga dalam kelompok pelakon itu sendiri. Saya fikir itu sama sekali tidak adil. Mengapa Hollywood mempunyai begitu ramai pelapis lantas berbeza pada setiap masa? Kerana mereka tidak mengehadkan peluang atau kesempatan. Ya, mereka mengutamakan kualiti dalam pada masa yang sama terus membuka peluang untuk pelakonpelakon baru. Melatih, memberi sebanyak mana input mengenai layar perak adalah kebijaksanaan para rumah produksi serta penerbit yang nyata arif menjalankan tugas masing-masing. Jumlah kandungan yang mereka hasilkan saban tahun adalah besar. Jangan pergi jauh, Indonesia dan Thailand jauh lebih maju daripada kita. I understand both sides. I blame this on the producers. It’s not fair for the young and upcoming. Bayangkan kala mahu membuat penggambaran lima filem pada satu masa. Anda akan menyedari betapa sedikit pelakon lelaki dan wanita yang kita ada di negara ini. Balik-balik pakai muka yang sama. Bila dah guna yang ni, kita nak guna yang ni pula untuk filem seterusnya. Ia bukan mengenai siapa hero dan heroin semata, ia adalah tentang keseluruhan watak yang ada. Siapa nak jadi mak, sapa nak jadi ayah, jiran sebelah, bekas teman lelaki dan sebagainya. Bagi saya, kita memerlukan 10 Zac Efron, 10 Leonardo DiCaprio. Di Hollywood, mereka mempunyai 30 hingga 40 orang pelakon lelaki utama. Maka, lebih daripada 20 orang pula pelakon wanita utama. Itu belum kira lagi pelakon pembantu yang tidak terhitung banyaknya. Itulah yang kita perlukan. Kita tidak memerlukan persaingan tetapi kita memerlukan persekitaran yang kompetitif. We don’t need the most or who’s number one i n every list. Kita perlukan sekumpulan pelakon yang baik, pekerja yang mampu memahami peranan mereka dan boleh mendorong industri ke hadapan. Kesinambungan industri untuk terus berkembang adalah lebih penting. Kita perlu mencari keseimbangan yang betul di antara pushing the

envelope serta memberi karya yang mampu difahami jelas oleh penonton.”

Aku utarakan persoalan tabu kepadanya, “Tabu pada saya adalah sesuatu perkara yang tidak sepatutnya dilakukan tanpa pengesahan daripada masyarakat. Ia adalah satu perkara yang berkait dengan norma sosial. Something

society considers a no-no. Contohnya seperti nudity atau kebogelan. Cabaran saya terhadap perkataan ini adalah bagaimana individu melihat dan menginterpretasikan foto seorang ibu yang menyusukan bayinya. Adakah anda mentakrifnya sebagai nudity juga? Ada sesetengahnya berpendirian itu sebagai human nature. That’s love between the mum and her baby. Namun, untuk masyarakat itu adalah perkara tabu. Sama seperti rakaman potret sambil memegang rokok ataupun memperlihatkan ketiak, juga tabu. As pure, as simple as that, society dictates what’s taboo and what’s not. Tambahan pula ia berkait dengan norma dan budaya sesebuah negara itu sendiri. Saya rasa adalah sangat mencabar untuk mencari keseimbangan yang betul di antara garisan ini. We’re not liberated yet and

I’m not that liberal. Ya, intelektual saya liberal akan tetapi secara kerohanian saya agak konservatif. Bertindik dan bertatu adalah tabu untuk kita. Dahulu saya juga bertindik dan berlakon dengan memakainya. Ia adalah atas pilihan sendiri dan imej yang anda mahu perlihatkan di mata masyarakat. Walau bagaimanapun, menerusi filem, adegan di ranjang atau yang mendedahkan sebahagian susuk badan juga tabu. Saya sudah membuatnya dan ia terpulang kepada lembaga penapisan untuk memotongnya,” terang Bront mendasari erti tabu baginya.

Sebelum menoktahi perbicaraan, saya sempat bertanyakan bagaimana jejaka ini terpilih bagi membintangi filem Pengabdi Setan. “The truth is it was

a favor from Joko, tetapi saya terimanya sebagai hadiah yang cukup bermakna. Sewaktu menjalani penggambaran dokumentari di hutan belantara Sabah, saya menerima panggilan dari Joko. Mengatakan ‘Bro, aku mahu kamu menjadi bapanya untuk filem terbaru ku,’ kata Joko. Saya balas, ‘ Kamu serius, bang? Berapa umurnya?’ tanya saya lagi. ‘ Usianya 55 tahun, dan kita bakal memulakan penggambaran dalam dua minggu lagi,’ terang Joko. Celah saya,

‘Are you crazy, bang?’ ‘ Ia mungkin kedengaran agak gila, beginilah aku hantarkan skripnya dulu. Kamu baca kemudian beritahu aku kata putusnya,’ kata Joko lagi. Memandangkan tidak punya akses internet saya suruh Joko menghantarkan skrip ke orang rumah kerana masih di Kota Kinabalu. Sesampai di rumah saya bertanya pada isteri, how? ‘Dahsyat, I don’t know how youwanttoturnthisdown,’ bilang isteri saya. Sudah 45 minit membaca keseluruhan skrip saya menghubungi kembali Joko dan bertanya bila saya diperlukannya. Dia bilang ‘Esok buat sesi

fitting!’ Kemudian kami turun ke Jakarta pada keesokan harinya. Cerita seram yang berdurasi satu setengah jam ini dirakam di rumah agam kolonial di Bandung hanya untuk tiga minggu. Mula ditayangkan pada hujung September lalu, tontonan tempatan hanya bakal ditayangkan pada bulan Disember. Sepanjang sesi penggambaran kami, Alhamdulillah tidak ada gangguan selain kru dikacau dengan hilai ketawa misteri kerana kita juga punya lokasi berlainan seperti di tanah perkuburan dan sebagainya. Bekerja untuk industri mereka (Indonesia) saya rasa sangat bertentangan dengan kita di Malaysia. Kita di sini lebih menitikberatkan something for t he people, dengan harapan mereka akan

menyukainya. Where over there it’s about telling a good story line with no compromise on the level of quality, where I find it so refreshing towards excellence. Paling penting mereka tidak melakukannya untuk tontonan di Indonesia semata. Bahkan untuk tontonan dunia. Nice mentality for you to subscribe

to,” cerita Bront akan pengalamannya berlakon di negara seberang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.