More Than Just Basics

Setiap gerobok lelaki perlu diisi staple pieces yang bukan saja menepati fungsinya tapi juga punya elemen desain yang berkualiti dan menarik

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI -

Sama ada aliran estetika berpakaian pilihan kamu berpegang pada falsafah avant garde mahupun minimalis, punk mahupun street, dandy mahupun preppy, timbul masanya pabila kita lebih selesa menyarungkan sesuatu yang basic namun masih setia pada identiti stail kita. Kemeja T. Baju panas. Seluar jean. Every man requires a selection of basic staples. Biarpun persalinan asas itu secara teorinya mudah dan tidak kompleks, ciri desain suatu pakaian itu boleh membezakan antara

pakaian asas yang berkualiti dan yang tidak. A black t-shirt is not just a black

t-shirt. Kerana pilihan material, potongan dan jahitan yang betul boleh menaiktarafkan sesuatu yang basic kepada sesuatu yang istimewa.

Demikianlah misi H& M Edition, yang kini mengemukakan koleksi keduanya untuk komuniti lelaki yang mencari something

extra dalam helaian asas almari mereka. Jenama premium untuk lelaki daripada H& M ini berpendapat tidak salah untuk menyarungkan pakaian utilitarian dalam gaya harian. Paling tidak pun, item asas yang berkualiti melengkapkan

gaya peribadi kamu. Apatah lagi bila item itu diperkayakan dengan details yang tepat dan menarik.

Musim ini, fokus H& M Edition tertumpu pada smart

functionality. Setiap pakaian direka untuk memenuhi keperluan fungsinya namun diperkayakan dengan aspek desain yang mempertingkatkan lagi value item itu. Misalnya, jaket kulit yang padded bukan saja melindungi daripada cuaca dingin, tapi juga menjamin imej yang tajam dan berkarakter. Jaket

plaid berzip depan pula memudahkan transisi si kelana dari alam desa ke senario urban. Dan sudah pastinya, item mesti-ada gerobok setiap lelaki, seluar jean 5-poket berpotongan tepat yang ideal untuk tuntutan momen kasual mahupun parti formal.

Kempen iklan H& M Edition kali ini memperkenalkan artis Amerika, Aaron Bobrow sebagai wajah untuk koleksinya musim ini. Aaron yang dikenali dengan karya-karya ajnas medium – daripada lukisan dan arca ke instalasi dan seni digital – mewakili lelaki urban kreatif, berintelek dan berketerampilan kemas, yang menjadi sasaran H& M Edition. Koleksi H& M Edition untuk lelaki akan dijual di butik cawangan Lot 10, KL dan di atas talian bermula 19 Oktober 2017.

Seluar, RM299.00

Jaket, RM1,599.00

Kemeja T, RM99.90

Sweater, RM349.00 Jaket kemeja, RM699.00

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.