Mekanikal Kronograf Termaju

Breitling terus memperkukuhkan posisinya dengan penguasaan tertinggi jam tangan berfungsi kronograf. Navitimer Rattrapante dijulang kerana citranya yang merupakan salah satu komplikasi arloji termaju lagi canggih

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - Teks: Zuhairie Sahrom Gambar: Breitling

Jam berfungsi kronograf splitsecond juga dikenali sebagai

double chronograph. Ia memiliki dua jarum detik, salah satunya dapat berhenti kapan pun yang lainnya lanjut berpusing. Hal tersebut memungkinkan untuk menghitung waktu dua kejadian dalam durasi berbeza. Dilahirkan dengan energi instrumen buat profesional, pergerakan Kaliber B03 dicitrakan sendiri oleh Breitling. Diterbitkan oleh konstruksi inovatif bagi memastikan ketepatan, daya ketahanan yang tinggi serta kebolehpercayaan maksimum. Bagi membentangkan kejayaan teknikal utama ini, Breitling mentafsirkan nukilannya dalam dua versi yakni keluli atau emas berserta laman dail gangsa yang eksklusif.

Kronograf mengacu ke jam tangan dengan integrasi stopwatch. Pusher miliknya ditampilkan sebaris dengan

crown dan kebanyakan kronograf memiliki tiga kaunter sub-dial. Satu untuk menghitung berjalannya jam dan yang lainnya untuk menghitung berjalannya minit. Manakala yang ketiga biasanya untuk menjalankan detik waktu. Jarum jam detik tengah biasanya digunakan untuk memantau jalannya hitungan detik. Pusher atas biasanya digunakan untuk mulai dan memberhentikan kronograf, sedangkan pusher bawah pula umumnya berlakon untuk mengeset semula kronograf. Beberapa jenama jam tangan mempunyai pergerakan kronograf mekanikal mereka sendiri. Lalu, hanya segelintir yang masih menawarkan pergerakan split

seconds proprietari yang dihasilkan arif secara in-house.

Bersempena pelancaran Kaliber B03 yang mana merupakan hasil buatan Breitling sendiri, lalu diperakui secara rasmi oleh COSC. Breitling sekali lagi mengesahkan posisi kepimpinannya dalam bidang mekanikal kronograf. Ia juga menyatukan peranan pentingnya dalam membangunkan fungsi instrumen ini menerusi ciptaan pushpiece yang pertama pada jam 2 (1915), pushpiece kedua (1934) dan kronograf penggulungan automatik pertama (1969). Citra saga epik ini juga termasuk karya terkemuka 1944 Duograph, salah satu karya klasik Breitling yang hebat. Maka, jam ini banyak dicari oleh pengumpul dan dilengkapi dengan pergerakan kronograf split

seconds ultra tipis. GL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.