Kreativiti Menjulang Inovasi

Sejak 1975, Maurice Lacroix sudah berada di hadapan dengan jam tangan berteraskan kreativiti menawan hasil teknologi terkini. Membiarkan kreativiti menjadi inspirasi, jam tangan Masterpiece Gravity dicitrakan dengan penuh manfaat ketukangan Swiss yang hal

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI -

Berdiameter 43mm, The Gravity Masterpiece cukup menginspirasikan kerana berjaya mencabar kebiasaan lapangan arloji. Nukilan ini adalah jam tangan yang inovatif lalu dibikin hasil kecanggihan dunia pembuatan jam tangan buatan Swiss. Tidak terhenti di situ, ia juga tidak hanya menunjukkan waktu. Malah mencuit emosi si pemakainya kerana punya ekspresi kreatif yang menawan. Ia mempertontonkan komponen mekanikal yang rancak bergelansar pada laman dail yang direka separuh transparen.

Lakuer rona biru disipi pusat memaparkan indeks minit dan jam yang digarap bersalut rhodium juga pada jarum jam. Berkedudukan di bawah paparan jam dan minit adalah kaunter saat kecil yang mengeksploitasi ruang keluasan dail dengan paparan rangka bersebelahan kaunter saat. Plat utama gerakan ini dihiasi dengan motif ‘ Vagues du Jura’ langsung melengkapkan keindahan karya seni ini. Disempurnakan dengan kristal nilam yang kalis pantulan pada kedua permukaan jam, tali juga didatangi dalam rona biru kulit buaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.