Pria Bandar, Jejaka Desa

Warisan dan keindahan seni tukangan berkualiti. Begitulah taruhan koleksi luruh dingin 2017 Hackett London. Diceraikan kepada empat inti utama yang diberi nama City Skyline, City Highlands, Mr. Classic dan The Journey. Satu pembaharuan untuk citarasa yang

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI -

THE JOURNEY

Satu pendekatan segar musim ini, koleksi kapsul l The Journey dibarisi helaian mengandungi poket yang mesra gajet, juga yang dicipta khas menggunakan potongan laser untuk menjaga barangan penting dan berharga seperti tiket, pasport dan kaca mata liburan. Direka khas untuk pria onthe-go. Koleksi ini turut menggunakan fabrik teknikal yang menawarkan keselesaan, daya tahan, kalis air and juga ambal yang tidak mudah kedut direka dalam bentuk sut, jaket, pakaian luar dan juga aksesori. Fokus utama yang diberikan untuk antologi ini ialah sepasang seluar flanel lembut yang berelastik di bahagian pinggan, bahagian kaki yang tirus dilengkapi lipatan penuh gaya, rangkaian kemeja jet setter dalam tujuh variasi gaya dan juga kot wool.

CITY SKYLINE

Koleksi untuk rangkaian ini lebih tertumpu kepada golongan lelaki yang suka akan pakaian formal dan mementingkan kualiti fabrik yang dijahit sempurna. Antologi mewah Hackett London ini dibuat dengan menggunakan kain megah British. Idea utama rekaan ini diilhamkan daripada latar langit bandar di seluruh dunia, di mana juxtapose-nya ialah yang baru berlawanan dengan yang lama. Gambaran landskap bandar yang dinamik dan bertenaga yang mendapat penghargaan masa lalu merupakan pusparagam jahitan yang baru ini. Rekaan kain sut jaket baru diperkenalkan dengan perincian bentuk lebih panjang menggunakan tekstil daripada kilang terkenal seperti Syarikat Fox Brothers, yang mementingkan kualiti lebih berat dan tulen secara langsung memberi penghormatan kepada gaya traditional Inggeris. Tona dan teksturnya pula ibarat cerminan jubin tingkap bandar dan kepelbagaian material kontra yang menghiasi skyline suatu bandar. Tak hairanlah ilham warna fraksi ini dipetik daripada warna langit dengan penyerlahan biru navy, rona batu pasir dengan munculya biru gelap juga palet rona kelabu yang berbeza dengan gabungan rona bordeaux. Fokus utama dalam koleki ini adalah potongan blazer Mayfair Broken Herringbone bersama kot pinggang, suit check peak lapel MayFair Glen dan juga kot bercorak check sekala besar Mayfair.

CITY HIGHLANDS

Khas buat golongan lelaki yang mahukan rasa dan gaya kontemporari namun masih terus berpaksi pada tunjang tradisi gaya Inggeris. City Highlands menggunakan pendekatan urban bagi menaris helaian klasik, menawarkan warmth, tekstur dan gaya pendesaan yang juga kekal segak untuk gaya hidup bandar. Antaranya Parka Highland dengan perincian kulit dan shearling, celana wool rona biru, kelabu, dan merah serta jaket kulit kecokelatan. Paduan estetika desa/ bandar turut dicerminkan dalam rekaan baru tote jenis tweed, bag sandang dan juga but mendaki.

MR CLASSIC

Koleksi baru berilhamkan sportswear moden persis satu penghormatan kepada buku termasyur nukilan Jeremy Hackett, berjudul Mr. Classic. Stail sportswear bertemu sensibiliti uniform sekolah awam dengan himpunan helaian yang praktikal dan versatile, dalam palet kelabu dan biru navy. Fokus utama untuk koleksi ini adalah gaya kemeja panas kelabu dengan seluar pendek sepadan yang dipengaruhi dari stail Hackett zaman ‘ 70- an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.