Dinamik Perlumbaan

Memperkenalkan model terkini Edifice yang berilhamkan sukan permotoran, jam analog dibingkis Casio siap dengan fitur Connected Engine bagi menghubungkannya ke telefon pintar

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

Dibikin hasil makluman serta nasihat Pasukan Perlumbaan Profesional, model Race Lap Chronograf EQB- 800 diperkenalkan. Sekali gus menambah siri barisan Edifice yakni jam tangan berprestasi tinggi yang menggabungkan gaya dinamik berserta teknologi canggih. Sebagai model terbaru yang boleh dihubungkan ke telefon pintar, EQB800 menggabungkan prestasi canggih dengan seni reka visual yang agresif lagi mendebarkan dari lapangan sukan. Memerlukan aplikasi CASIO WATCH+, aplikasi ini boleh dimuat turun dari App Store menerusi iPhone atau Google Play bagi telefon pintar Android.

Jam kronograf EQB800 baru ini dilengkapi dengan teknologi Casio Connected Engine bagi menghubungkannya dengan telefon pintar. Tampil bernada sporty nan dinamik, case jam digarap tebal berserta indeks masa yang tegap. Paduan rona biru serta laman dail hitam berserta kemasan tali keluli memberikan efek maskulin. Terutamanya, pada kaunter retrograde pada kedudukan indeks masa 9 yang punya paparan jarum 3D tebal untuk indikasi fungsi jam randik, hubungan ke telefon pintar serta paparan tahap bateri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.