Pilihan Editor

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI -

1 Fendi menyelitkan unsur humor dan ‘positivity’ melalui rekaan musim luruh 2017. Meraikan semangat itu, gantungan kunci turut dicipta berdasarkan prinsip tersebut yang beragam karakter.

2 Kot labuh motif plaid Paul Smith mendefinisikan autentik Inggeris dan

Brit pop sebenar. Motif klasik memerihalkan lelaki berselera tinggi, sudah tentu yang gemar bergaya bebas. Kot ini berperanan sebagai tunggak gaya supaya boleh dipadankan dengan ajnas helaian lain.

3 Snowcap MSGM yang ini boleh dipakai cara sporty bersama seluar trek, misalnya. Ia memberi pandangan baru tentang pemakaian lelaki sekarang. Tak dinafikan, snowcap merupakan trik terbaik tampil stylish.

4 Beg sandang Uniqlo x JW Anderson mencolek idea gaya lewat ‘90-an yang tegar mendominasi lapangan fesyen lelaki masa kini. Pertembungan praktikal dan tahan lasak dicantum fabrik motif tartan plaids, lantas mempersembahkan gaya street-ish luar biasa dedikasi lelaki urban.

5 But hitam Salvatore Ferragamo paras buku lali kaki menyimpulkan idea maskulin yang memperkasakan gaya klasik. Diperbuat daripada material kulit, langkahan bertambah yakin dengan sarungan but ini.

6 Letusan deretan merchandise Justin Bieber semakin hangat. Kesempatan itu, H& M melancarkan koleksi ‘merch’ Justin Bieber buat peminat tegar fesyen. Sweater hoodie kuning terang yang dihiasi logo Stadium antara yang paling menarik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.