Sinar Energi Tritium

Berpangkalan di California, Amerika Syarikat, jenama ini terkenal dengan himpunan jam tangan yang diperkemas dengan sinar tritium. Langsung terus bercahaya memberikan ketelusan bacaan yang jelas kala malam melabuhkan tirainya

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - Teks: Zuhairie Sahrom Gambar: Luminox

Setiap garapan himpunan jam Luminox agak garang serta lasak karakternya. Sekali gus diperkemaskan dengan komposisi sinar tritium yakni cat lut sinar pada jarum serta penunjuk indeks masanya. Menariknya, cahaya yang terbias dilihat bukan hanya satu. Memperlihatkan gabungan rona seperti rona

vibrant kuning serta hijau, ketelusan cahaya ini mampu terus kelihatan sehingga 25 tahun yang mendatang. Karya edisi terhad terbaru yakni yang keempat bersama Tony Kanaan dibentangkan menerusi Siri Land bagi musim luruh.

Kali pertama memperkenalkan jam tangan yang terhad kepada 500 utas ini, ia laris terjual hanya dalam tempoh tiga hari! Dinyatakan sebahagian daripada Essential Gear yang bernadikan gaya hidup aktif pelumba kereta terkenal asal Brazil ini, siri kedua dan ketiga juga habis terjual dalam sekelip mata. Siri terbaru jam tangan Luminox Tony Kanaan yang berfungsi kronograf untuk perlumbaan ini diolah dengan dail enamel putih berserta motif bendera

chequered yang mana adalah yang pertama untuk jam Luminox.

Kini memandu kereta #11, KV Racing Technology (Lotus) yang memaparkan sama warna hijau dan kuning pada dail. Diperbuat daripada keluli tahan karat PVD 316L, jam berdiameter 44mm ini diberi kemasan serat karbon pada sisi dan disempurnakan

bezel seramik berteknologi tinggi. Secara tidak langsung memberikan kontras tekstur pada rupanya yang agresif. Tali kulit hitam ditampilkan dalam dua versi dengan tali jam kulit berjalur hitam putih serta tali poliuretana hitam yang solid. GL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.