Falsafah Vege’tarian’

Walaupun sebelum ni hanyalah intern di syarikat kaca mata IC! Berlin, pereka Jeremy Tarian mengubah nasibnya melalui kolaborasi baru bersama bekas syarikatnya itu dengan mengeluarkan koleksi Ic! Berlin X Tarian, yakni seleksi kaca mata bertunjangkan citra

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - Lawati www.facebook.com/ icberlinmalaysia untuk info lanjut.

Pelajar kelahiran universiti termasyur Parsons School of Design, Jeremy Tarian telah melancarkan labelnya sejak tahun 2012 yang diberi nama Tarian. Juga pernah dianugerahkan dua Silmo d’Or Awards atas daya kreativiti dan inovasinya, Jeremy kini memperkayakan portfolionya melalui kerjasama dengan bekas majikannya dalam koleksi Ic! Berlin X Tarian. Himpunan produk ini terdiri daripada dua rekaan bingkai kaca mata kanta pembetulan dan satu rekaan kaca mata hitam.

Istimewanya koleksi Ic! Berlin X Tarian ini terletak pada rekaan bingkai yang dicipta tanpa sebarang skru, terhasil daripada satu inovasi teknik konstruksi hibrid baru. Sebagai satu

play on words pada namanya sendiri, Jeremy meminjam ilham budaya vegetarian dalam menamakan kelima-lima laminasi asetat yang dihasilkan untuk membentuk kumpulan kaca mata baru ini. Mengambil nama buah dan sayuran seperti asparagus (A), beetroot (B), courgette (C), dragon fruit (D) dan juga echallot (E), setiap kod huruf ini mewakili kelas ton warnanya tersendiri mengikut cita rasa pemakai. Bagi pria yang berminat atau pengumpul kacamata, produk ‘vegeTarian’ ini boleh didapati di kesemua pengedar Ic! Berlin sekarang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.