Mainan Motif Fauna

Mengambil kira konsep aktivitas hutan untuk koleksi musim luruh dingin 2017 kali ini, Sir Paul Smith beroleh inspirasi daripada lukisan dan pusparagam naturalis Britain. Dengan motif utama difokuskan pada cetakan versi ‘Monyet’

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - Teks: Arie Sampornak Gambar: Paul Smith

Mendapat ilham rekaan ketika beliau bersantai di kediamannya, Paul Smith membuat injeksi comel ke dalam koleksi pra-luruhnya untuk pakaian lelaki dan perempuan. Motif cetakan monyet ibarat ‘maskot’ himpunan persalinan ini, yang juga meluaskan penaklukannya ke beberapa ketagori produk lain.

Bagi seleksi pakaian lelaki, gaya penuh bold dan cetakan motif monyet yang menyeluruh muncul di atas beberapa item seperti kemeja, beg galas dan barangan kulit termasuk dompet dan juga pemegang kad. Lambang ‘Monkey’ juga dipaparkan menggunakan teknik sulaman pada sweatshirts dan pakaian luaran, tambahan pula karya yang bermotifkan grafik ini diserap masuk ke atas helaian kain sutera yang dijadikan sebagai pocket squares.

Bagi pakaian buat golongan wanita pula, koleksi yang bermotifkan corak monyet yang menyeluruh ini boleh dilihat pada kemeja dan gaun. Selain itu, motif kera bertekstur sulaman memberi keunikan baru yang dipaparkan di atas sehelai skarf untuk mencipta satu sentuhan quirky buat si pemakai.

Sememangnya pereka yang punya pemahaman tajam perihal permainan unsur cetak, inspirasi yang diambil daripada naturalis era Victoria ini mencerminkan visi unik Paul Smith sebagai seorang pemerhati, dan sekali gus mengangkat reputasinya sebagai seorang inovator dalam bidang reka bentuk dan cetakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.