Wide-Leg Trousers

Ditch your old skinny pants! Masanya untuk beri peluang kepada seluar gaya lebar sebagai penawar buat keselesan stail personal anda musim ini, selaku helaian segar yang sudah mengubah dimensi gaya lelaki alfa

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI -

Lupakan gaya seluar slim fit untuk seketika. Musim luruh dingin kali ini adalah peluang untuk mencuba gaya seluar yang panjang dan luas. Sepertinya sebelum ini gaya seluar lebar telah ditonton menyusup di atas pentas peragaan untuk beberapa musim, tetapi ia sudah menjadi kebiasaan melihat orang menggayakannya di luar sana. Pereka Carig Green, anak kelahiran British telah mengeluarkan rekaan celana full-length sehingga menyapu lantai dan juga seluar kargo yang dicipta penuh dengan poket yang bermacam bentuk. Ia menjelaskan bahawa kini adalah masa yang sesuai untuk meninggalkan seluar jeans ketat untuk mencapai gaya yang lebih relaks. Ketika beliau mencitrakan koleksi musim luruh dingin 2017 ini, panduan dalam pemikirannya adalah ungkapan “Go big or go home”.

Terdapat beberapa pilihan untuk diambil kira apabila bercakap tentang seluar panjang berkaki lebar ini. Tidak semestinya hanya bertaut dengan warna konvensional. Sebagai contoh koleksi J.W Anderson dan juga Liam Hodges kali ni lebih berekspermintasi pada rekaan seluar lebar yang bermain dengan tampalan fabrik dan juga panel kain yang berbeza warna seperti hijau, coklat dan juga biru laut. Cuma konsep rekaan J.W Anderson lebih ke arah feminin manakala Liam Hodges pula bermain dengan watak tentera yang tampak lebih beringas. Konsep tidak bersahaja ini memberikan satu nafas baru dan just to mix things up a little bit. Kain cetakan menjadi salah satu fokus Comme des Garçons dan hala tuju yang dibawa Rei Kawakubo ini berentak Boyhood yang bermain dengan cetakan abstrak. Ia membuatkan seluar lebar menjadi lebih trendy dan seronok untuk dipakai.

Craig Green

Alec Baldwin menggayakan seluar lebarnya

Gaya Street Style Dari London’s Fall 2017 Fashion Week

1920s Mens Oxford bags

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.